Hospital Beaufort, 19 Ogos 2022 – Bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, Perhimpunan Bulanan Hospital Beaufort pada hari ini telah mengangkat Tema “Keluarga Malaysia Teguh Bersama” yang berlangsung penuh meriah di Laman Saujana, Hospital pada pagi tadi.
Majlis disempurnakan dengan simbolik penyerahan Jalur Gemilang kepada Pengarah Hospital Beaufort, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Ketua Penyelia Jururawat Hospital dan Penolong Pegawai Perubatan serta pemasangan Jalur Gemilang di Kenderaan Jabatan dan juga Ambulan Hospital Beaufort oleh Pengarah Hospital, Dr. Ridwan Bin Hashim.
Di samping itu, pelbagai program dan pertandingan berunsur kenegaraan telah disusun agar terus memupuk serta menyemai semangat patriotism dan cinta akan negara dalam kalangan anggota Hospital Beaufort. Program tersebut antaranya Pertandingan Mewarna, Koir Kemerdekaan, Pertandingan Hiasan Kemerdekaan Unit & Wad Hospital Beaufort, Kuiz Kemerdekaan, Permainan Rakyat dan bermacam-macam lagi.
Turut hadir pada program berkenaan ialah Puan Cynthia Lo Wun Hui, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Ketua Penyelia Jururawat Hospital Matron Martha Turepun, Penyelaras Jawatankuasa Budaya Korporat Pn. Carolin dan Ketua-Ketua Unit dan Wad Hospital Beaufort.l dui.

