Laman Web Rasmi Hospital Beaufort
Hospital Beaufort, Peti Surat 40, 89807 Beaufort Sabah pengarah.beaufort@moh.gov.my 087-212333 / 087-212334
                  
Malaysia Madani
Sabah Maju Jaya
  



Pembedahan Laparoskopi Histerektomi Yang Pertama Di Hospital Beaufort, Sabah

 Berita HBFT   01 May 2024
Image

Hospital Beaufort telah berjaya menjalankan pembedahan laparoskopi major iaitu laparoskopi histerektomi pada 30 Apr 2024. Pembedahan ini dilakukan oleh Pakar O&G Hospital Beaufort Dr Ong Teck Siong, bersama dengan Pakar Perunding Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah, Dr Amory S Chong, dengan bantuan Dr Wong Theng Koe, Pakar Anestesia serta kakitangan Hospital Beaufort yang lain.

Secara ringkasnya, pembedahan buang rahim ataupun dikenali sebagai histerektomi, boleh dicapai dengan kaedah bedah lubang kunci, melalui beberapa akses bukaan luka sekitar 5-10mm sahaja, dibantu oleh laparoskop (kamera mini). Prosedur pembedahan minimal invasif ini membawa kelebihan dari segi proses pemulihan yang lebih cepat, kesakitan yang lebih ringan dan risiko infeksi yang lebih rendah.

Kejayaan ini merupakan satu titik pencapaian yang penting untuk Hospital Beaufort dalam usaha untuk Hospital Beaufort berfungsi sepenuhnya sebagai sebuah Hospital Berpakar minor yang berazam untuk memberi perkhidmatan rawatan Obstetrik dan Ginekologi yang berkualiti demi manjaga kesihatan masyarakat Daerah Beaufort dan sekitarnya.

Pihak pengurusan Hospital Beaufort mengucapkan tahniah kepada semua Pakar dan kakitangan Hospital Beaufort yang terlibat dalam usaha menjayakan inisiatif ini.

Kami berharap agar pembedahan laparoskopi di Hospital Beaufort dapat diperluaskan lagi agar ia dapat memberi manfaat yang besar serta membawa sinar harapan kepada mereka yang memerlukan.