
𝗣𝗲𝗻𝘂𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗣𝗶𝗻𝗸 𝗥𝗶𝗯𝗯𝗼𝗻 𝗛𝘂𝗯, 𝗛𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗕𝗲𝗮𝘂𝗳𝗼𝗿𝘁 𝗜𝗻𝗶𝘀𝗶𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗖𝗮𝗻𝗰𝗲𝗿 𝗥𝗲𝘀𝗲𝗮𝗿𝗰𝗵 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
Pink Ribbon Hub, Hospital Beaufort telah ditubuhkan pada 19 Jun 2025 hasil daripada Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai pada 12 Jun 2025 antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Cancer Research Malaysia (CRMY) di Klinik Pink Ribbon Centre, Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah.
Hub ini adalah di bawah seliaan Jabatan Pembedahan Am Hospital Beaufort dan merupakan salah satu inisiatif di bawah program kebajikan CRMY dengan kerjasama strategik KKM bagi 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝘂𝗸𝘂𝗵 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗸𝗮𝗻𝘀𝗲𝗿 𝗽𝗮𝘆𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗡𝗮𝘃𝗶𝗴𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗞𝗮𝗻𝘀𝗲𝗿 𝗣𝗮𝘆𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮.
Antara 𝗼𝗯𝗷𝗲𝗸𝘁𝗶𝗳 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 Pink Ribbon Hub adalah seperti berikut:
1. 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗶𝗺𝗯𝗶𝗻𝗴 𝗽𝗲𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 dalam sistem penjagaan kesihatan untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat pada masanya.
2. 𝗠𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 antara pesakit dan penyedia penjagaan kesihatan bagi memastikan pematuhan terhadap pelan rawatan.
3. 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝘀𝗶𝗸𝗼𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 dan menghubungkan pesakit kepada sumber atau bantuan yang dapat meringankan beban dan mengurangkan kadar pesakit yang gagal hadir ke temujanji rawatan.
4. Menyokong pengumpulan data dan pemantauan hasil Program Navigasi Pesakit bagi tujuan penambahbaikan dan penilaian impak secara berterusan.
Penubuhan Pink Ribbon Hub ini merupakan manifestasi komitmen berterusan KKM dalam 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗲𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗸𝗮𝗻𝘀𝗲𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝘀 𝗮𝗸𝘀𝗲𝘀 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗿𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵, khususnya bagi komuniti di kawasan luar bandar.


