Laman Web Rasmi Hospital Beaufort
Hospital Beaufort, Peti Surat 40, 89807 Beaufort Sabah pengarah.beaufort@moh.gov.my 087-212333 / 087-212334
                  
Bersama Hentikan Wabak Covid-19
Malaysia Madani
Sabah Maju Jaya



Perkhidmatan Kepakaran Perubatan O&G di Hospital Beaufort
 Berita HBFT   04 Jan 2023
Image
Image
Sukacita dimaklumkan Hospital Beaufort telah memulakan perkhidmatan kepakaran Obstetrik & Ginekologi (O&G) dengan penempatan Pakar Perubatan O&G secara tetap di Hospital Beaufort bermula 3hb Januari 2023. 

Perkembangan perkhidmatan kepakaran ini juga sejajar dengan hala tuju pihak Kementerian untuk menaiktaraf status Hospital Beaufort sebagai Hospital Berpakar yang menawarkan sekurang-kurangnya 10 jenis perkhidmatan kepakaran di Hospital Beaufort yang juga sebagai Lead-Hospital bagi kluster hospital kawasan Pantai Barat Sabah (Selatan & Pedalaman) yang menerima rujukan pesakit daripada daerah Sipitang dan Kuala Penyu serta Lawas. 

Permulaan perkhidmatan kepakaran O&G secara in-house ini membolehkan perkhidmatan rawatan kepakaran yang lebih menyeluruh baik dari segi diagnostik mahupun terapeutik disediakan di Hospital Beaufort dengan menawarkan perkhidmatan rawatan pesakit dalam (kepakaran O&G), sesi Klinik Pakar O&G yang lebih kerap, dan pembedahan bidang O&G secara elektif, di samping perkhidmatan pembedahan kecemasan sedia ada yang ditawarkan di Hospital Beaufort. 

Permulaan perkhidmatan kepakaran O&G di Hospital Beaufort ini membolehkan rawatan pembedahan yang lebih rumit atau kompleks dapat dilaksanakan dan usaha ini juga selari dengan usaha program Global Surgery Initiative yang bertujuan untuk mengoptimakan tahap kebolehcapaian kepada perkhidmatan rawatan pembedahan yang berkualiti dan selamat. 



Sebagai fasa permulaan, pembedahan endometrial polyps for DD&C (diagnostic dilatation & curettage) dan LSCS (lower segment Caesarean section) bagi kes ibu mengandung dengan keadaan yang lebih rumit telah berjaya dilaksanakan pada pagi tadi oleh Pakar Perubatan O&G yang baru melapor diri di Hospital Beaufort pada 3hb Januari 2023 daripada Hospital Wanita & Kanak-kanak Sabah. 

Penempatan Pakar Perubatan O&G tersebut juga memberi peluang kepada pasukan pembedahan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan dan staf sokongan teknikal Jururawat Terlatih dan Penolong Pegawai Perubatan yang berminat khususnya dalam bidang O&G untuk menerima latihan secara berterusan.

 Langkah permulaan ini adalah perintis dan Hospital Beaufort bertekad untuk terus memperbaiki & memperluaskan lagi perkhidmatan kepakaran lain yang berkualiti kepada penduduk di Sabah terutamanya di daerah Beaufort, Kuala Penyu, dan Sipitang khususnya dengan penyediaan fasiliti hospital & peralatan perubatan yang lebih holistic dengan Projek Pembangunan Naiktaraf Hospital Beaufort (Fasa 1) yang sedang dilaksanakan.
  
Tahniah diucapkan sekali lagi kepada pasukan Hospital Beaufort dan kepada Ketua Perkhidmatan Kepakaran O&G Sabah atas komitmen beliau dalam menjayakan permulaan perkhidmatan kepakaran O&G secara in-house di Hospital Beaufort ini. 

Sumber: Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Sabah