
Sukacita dimaklumkan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Hospital Beaufort telah memulakan Perkhidmatan Kolposkopi dan rawatan bermula 11 March 2024. Perkhidmatan ini dijadualkan pada setiap minggu sebagai satu langkah inisiatif bagi mencegah kanser pangkal rahim.
Kolposkopi merupakan prosedur diagnostik yang dilakukan untuk melihat serviks dengan lebih terperinci secara telescopik, bagi mencari tanda-tanda pertumbuhan sel kanser pada tisu serviks dan faraj. Prosedur kolposkopi ini ditawarkan kepada semua pesakit yang telah menjalani saringan pap smear serta disyaki menghidap kanser seperti ASCUS, LSIL, HSIL dan sebagainya.
Rawatan seperti tatacara eksisi elektrobedah gelung (loop electrosurgical excision procedure LEEP) atau biopsi kon (membuang cebisan tisu serviks yang mengandungi sel kanser) akan dilakukan jika perlu.
Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan ini, sila hubungi Klinik Pakar O&G Hospital Beaufort di talian 087-212333, sambungan 221.