.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Hospital Beaufort telah berjaya melancarkan inisiatif program Carnival Cataract KKM (K4M) sesi kedua yang berlangsung dari 17hb November – 18hb November 2023 di Dewan Bedah Hospital Beaufort.
Pembedahan sebanyak 28 kes katarak dan 12 kes pterygium telah berjaya dilaksanakan di bawah program pembedahan elektif katarak selama dua hari berturut-turut ini dengan penglibatan 3 orang Pakar Perubatan Oftalmologi, 3 orang Pegawai Perubatan Oftalmologi, 2 orang Penolong Pegawai Perubatan dan 2 orang Jururawat serta staf sokongan teknikal daripada Hospital Beaufort dengan kerjasama Hospital Queen Elizabeth I dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Katarak adalah satu keadaan di mana kanta mata yang sepatutnya jernih telah menjadi keruh/ legap (boleh diakibatkan oleh pelbagai faktor) dan ianya seringkali diumpamakan seperti tingkap yang sebahagiannya diselaputi kotoran dan menyebabkan gangguan penglihatan. Rawatan bagi katarak adalah pembedahan katarak iaitu dengan mengganti kanta mata. Tiada ubat-ubatan, ubat titis mata, atau cermin mata yang boleh mengubati katarak.
Program pembedahan elektif katarak secara besar-besaran di Hospital Beaufort ini adalah mensasarkan kepada golongan pesakit B40 yang kurang berkemampuan dari segi kewangan & logistik khususnya pesakit daripada daerah Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang.
Semoga dengan kejayaan inisiatif program ini di Hospital Beaufort yang kini dalam proses naik taraf sebagai Hospital Berpakar Minor, penduduk di daerah Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang boleh memperolehi manfaat rawatan dengan lebih segera tanpa perlu menunggu rawatan dan dirujuk ke Kota Kinabalu.