Laman Web Rasmi Hospital Beaufort
Hospital Beaufort, Peti Surat 40, 89807 Beaufort Sabah pengarah.beaufort@moh.gov.my 087-212333 / 087-212334
                  
Malaysia Madani
Sabah Maju Jaya
  



Program Saringan Kendiri HPV Hospital Beaufort

 Berita HBFT   22 Apr 2024
Image

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Hospital Beaufort bersama Yayasan Rose telah berjaya melaksanakan Program Saringan Kendiri HPV dengan kehadiran seramai 65 orang peserta yang diadakan pada 18 April 2024 di Hospital Beaufort baru-baru ini.

Ujian HPV iaitu pensampelan HPV secara kendiri adalah merupakan ujian saringan kanser serviks terkini, yang boleh dilakukan individu tanpa bantuan jururawat ataupun doktor.

Malah, keputusan ujian adalah lebih tepat dan tidak menyakitkan berbanding prosedur seperti Pap Smear yang dikatakan boleh menyebabkan rasa kurang selesa kepada pesakit.

Jabatan O&G Hospital Beaufort komited untuk meneruskan perkhidmatan ujian kendiri pensampelan HPV ini pada masa akan datang.

Kriteria untuk menjalani ujian kendiri pensampelan HPV secara percuma melalui program anjuran Jabatan O&G Hospital Beaufort dan Yayasan Rose adalah seperti berikut :

1. Rakyat Malaysia

2. Wanita berumur antara 30-65 tahun

3. Tidak pernah menjalani histerektomi (pembedahan buang rahim)

4. Tiada aliran haid yang berlebihan pada hari saringan

5. Tidak mengandung

6. Tidak pernah menjalani ujian HPV sepanjang 5 tahun yang lepas

Oleh itu, bagi sesiapa yang berminat, perkhidmatan ini akan diadakan pada setiap hari Khamis dan boleh terus berhubung dengan Klinik O&G Hospital Beaufort di talian 087-212333 sambungan 222.