23 Ogos 2022 - Bertemakan slogan “Lebih Baik Cegah”, Jawatankuasa Antidadah Hospital Beaufort telah menganjurkan Sambutan Minggu Antidadah Peringkat Hospital Beaufort yang dirasmikan oleh Pengarah Hospital, Dr. Ridwan Bin Hashim.
Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran di kalangan anggota kesihatan Hospital Beaufort dan masyarakat setempat untuk menghayati amalan hidup sihat tanpa dadah dan terhindar daripada perlakuan-perlakuan negatif.
Selain itu, program ini juga bertujuan mewujudkan persekitaran tempat kerja yang sihat dan selamat iaitu “Tempat Kerja Bebas Dadah” disamping komited dalam usaha menanam rasa bertanggungjawab di kalangan anggota kesihatan dan masyarakat setempat bagi menjauhkan diri sendiri daripada ancaman dadah.
Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan sepanjang program ini berlangsung selama seminggu bermula 23 sehingga 26 Ogos 2022. Antaranya ialah Sesi Ceramah (Bersama AADK, Pegawai Psikologi Kaunseling PKK Beaufort, dan IPD Daerah Beaufort), Pertandingan Poster Digital, Pameran, Kuiz Antidadah, dan Senamrobik Sihat Tanpa Dadah.
Turut hadir, Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Beaufort, Tuan Yusley Bin Mining, Wakil OCPD dari IPD Beaufort, Insp. Clotilda Jateng, Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Beaufort, Dr. Wan Mohd Syazwan Bin Wan Mohd Sabri, Timbalan Pengarah (Pengurusan) merangkap Penyelaras Program Minggu Antidadah, Puan Cynthia Lo Wun Hui, Ketua-Ketua Unit, Ketua-Ketua Wad dan kakitangan Hospital Beaufort.

