26 Februari 2023 (Ahad) - Kempen Saringan Penyakit Mulut,Telinga, Hidung, Tekak, Leher di Hospital Beaufort berjaya dilaksanakakan dengan jayanya melalui penglibatan Team Tour De Borneo yang terdiri daripada petugas-petugas kesihatan dari daerah Kota Kinabalu seperti Hospital Queen Elizebeth yang datang ke Hospital Beaufort dengan menaiki basikal!
Pada kempen ini, seramai 74 orang pesakit telah berjaya disaring melalui program ini. Jutaan terima kasih ke atas Pasukan Tour De Borneo dan kepada semua petugas kesihatan yang terlibat.
Tahniah juga diucapkan kepada masyarakat Beaufort atas sokongan yang diberikan dan tidak lupa kepada para petugas juga Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) yang terlibat secara langsung dan bertungkus lumus menjayakan program kali ini.

Usaha berterusan ini adalah untuk membawa perkhidmatan kepakaran lebih dekat kepada komuniti agar saringan dan rawatan awal boleh dimulakan.