
Hospital Beaufort telah menerima lawatan kerja daripada Ketua Perkhidmatan Pediatrik Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Sabeera Begum binti Kader Ibrahim pada 29 September 2026.
Turut hadir ialah Dr. Heng Hock Sin, Ketua Kepakaran Pediatrik Negeri Sabah, serta barisan pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah serta pihak pengurusan Hospital Beaufort.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat secara langsung keadaan semasa perkhidmatan pediatrik serta fasiliti yang disediakan di Hospital Beaufort. Lawatan ini juga menjadi platform untuk meninjau pelaksanaan perkhidmatan sedia ada, memahami keperluan semasa serta mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada golongan kanak-kanak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan berkualiti.
Selain itu, lawatan ini memberi peluang kepada pihak berkaitan untuk bertukar pandangan dan berkongsi maklumat mengenai keperluan perkhidmatan serta kemudahan yang tersedia, selaras dengan usaha berterusan untuk memperkukuh perkhidmatan pediatrik di Hospital Beaufort.
Pihak Hospital Beaufort merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Sabeera Begum binti Kader Ibrahim, Dr. Heng Hock Sin, barisan pengurusan tertinggi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah serta semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan lawatan kerja ini.
Diharapkan lawatan ini dapat menyumbang kepada usaha berterusan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan pediatrik serta memastikan kemudahan kesihatan yang disediakan sentiasa memenuhi keperluan pesakit dan masyarakat setempat.



