Laman Web Rasmi Hospital Beaufort
Hospital Beaufort, Peti Surat 40, 89807 Beaufort Sabah pengarah.beaufort@moh.gov.my 087-212333 / 087-212334
                  
Malaysia Madani
Sabah Maju Jaya
  



Countdown Penilaian Akreditasi MSQH

Hospital Beaufort Ke Arah Persijilan Hospital Akreditasi (MSQH Edisi 6) pada 14 - 16 Julai 2025.

00
Hari
00
Jam
00
Minit
00
Saat

Locker 4U - Perkhidmatan Nilai Tambah Unit Farmasi Hospital Beaufort

 Hebahan   07 Mar 2024
Image

Locker 4U - Perkhidmatan Nilai Tambah Unit Farmasi Hospital Beaufort

Adakah Anda 

☑️ Mempunyai preskripsi susulan
☑️ Tidak suka menunggu lama
☑️ Kesuntukan masa ke farmasi

GUNALAH PERKHIDMATAN LOCKER 4U


SYARAT-SYARAT
- Memahami terapi perubatan sendiri - Memahami cara pengambilan ubat - Stabil dengan terapi perubatan
- Jenis ubat yang diambil adalah:
a) Ubat yang TIDAK memerlukan penyimpanan khusus (contoh: ubat simpanan peti sejuk seperti insulin)
b) Bukan jenis ubat psikotropik

FAEDAH
☑️ Cepat TANPA perlu beratur menunggu giliran di kaunter farmasi kerana ubat telah siap dilabel dan dibungkus
☑️ Ubat boleh diambil pada bila-bila masa sahaja (Waktu pejabat, selepas waktu pejabat, hujung minggu dan cuti umum).
☑️ Hanya perlu ambil ubat di loker yang ditetapkan

Sekiranya berminat, SEGERALAH mendaftar kerana loker adalah terhad.

SILA RUJUK KE KAUNTER FARMASI PESAKIT LUAR untuk pendaftaran.

LOKASI
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Farmasi di Unit Farmasi Hospital Beaufort di talian 087-212333 ext 261 @ 232, Unit Kecemasan & Trauma Hospital Beaufort (bersebelahan Kaunter Farmasi Kecemasan)

PERKHIDMATAN LOCKER4U
Anda berasa bosan menunggu lama dan kesuntukan masa untuk datang ke hospital mengambil ubat bekalan susulan kerana bekerja?

Memperkenalkan Locker4U yang akan membantu anda & keluarga anda untuk mendapatkan bekalan ubat susulan tanpa perlu menunggu dan boleh datang untuk mengambil ubat pada bila-bila masa sahaja.

Perkhidmatan Locker4U merupakan Perkhidmatan Nilai Tambah yang berkonsepkan penggunaan loker berkunci yang mana pesakit boleh mendapatkan ubat susulan di loker yang ditempatkan di Unit Kecemasan & Trauma (bersebelahan kaunter Farmasi Kecemasan), Hospital Beaufort.

Sila rujuk kaunter farmasi pesakit luar untuk pendaftaran sekiranya berminat.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Farmasi di Unit Farmasi Hospital Beaufort di talian 087-212333 ext 261 @ 232. 

Image