Laman Web Rasmi Hospital Beaufort
Hospital Beaufort, Peti Surat 40, 89807 Beaufort Sabah pengarah.beaufort@moh.gov.my 087-212333 / 087-212334
                  
Malaysia Madani
Sabah Maju Jaya
  



Countdown Penilaian Akreditasi MSQH

Hospital Beaufort Ke Arah Persijilan Hospital Akreditasi (MSQH Edisi 6) pada 14 - 16 Julai 2025.

00
Hari
00
Jam
00
Minit
00
Saat

Perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) Hospital Beaufort

 Tips Panduan   13 Apr 2022

Anda berasa bosan & menunggu lama untuk mendapatkan bekalan ubat susulan di hospital??

Memperkenalkan Ubat Melalui Pos (UMP) yang akan membantu anda & keluarga anda untuk mendapatkan bekalan ubat susulan tanpa perlu datang ke Farmasi untuk mengambil ubat.

Perkhidmatan UMP adalah perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus ke lokasi pilihan pesakit menggunakan syarikat kurier dengan caj kiriman yang telah ditetapkan. UMP merupakan salah satu daripada Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (Value Added Service) yang disediakan untuk kemudahan pesakit. Perkhidmatan ini hanya disediakan untuk pesakit Hospital Beaufort sahaja.

Ubat yang boleh dihantar melalui pos adalah seperti berikut:

  • Bentuk dos tablet / kapsul
  • Sirap/krim/serbuk/granul/ non-aerosol/ inhaler/ patch/ nasal spray/ eye atau ear drop (hanya dalam bungkusan asal pengilang)
  • Tidak memerlukan penyimpanan khusus (contoh: ubat simpanan peti sejuk) 
  • Bukan jenis psikotropik
  • Bukan dibekalkan secara bersasingan

Bagaimana cara jika anda ingin ubat anda dihantar ke rumah/lokasi pilihan anda?

1. Daftar di Kaunter Farmasi Hospital Beaufort

2. Guna aplikasi MyUBAT

Aplikasi MyUBAT membolehkan anda membuat tempahan untuk mengambil bekalan ubat susulan melalui Sistem Temujanji & Ubat Melalui Pos.

 Tunggu apa lagi? Jom muatturun Aplikasi MyUBAT di googleplay atau app store sekarang!

Utk maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Farmasi di Unit Farmasi Hospital Beaufort di talian 087-212333 ext 261 @ 232