Obstetrik & Ginekologi

VISI

Sebagai sebuah pusat kecemerlangan perkhidmatan dan latihan dalam bidang perbidanan dan sakit puan.

MISI

  • Memberi perkhidmatan profesional dan komited kepada wanita yang mengandung dan bersalin bagi membolehkan mereka memperolehi anak yang sihat.
  • Membantu wanita yang menghadapi penyakit dan masalah fungsi sistem reproduktif, untuk membolehkan mereka mencapai potensi sepenuhnya dalam aspek kesihatan fizikal, mental, seksual dan sosial.
  • Memupuk kerjasama antara pelanggan dan anggota Jabatan O&G untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik.

FUNGSI DAN OPERASI

  • Menyediakan perkhidmatan diagnostik, rawatan dan rehabilitasi yang sesuai dan efektif.
  • Memberi rawatan pesakit dalaman yang optimal.
  • Memastikan proses kelahiran yang selamat.
  • Memberi Pendidikan Kesihatan yang berkaitan.