Hemodialisis & CAPD

PENGENALAN

Unit Hemodialisis Hospital Duchess of Kent Sandakan terletak diluar kawasan bangunan utama Hospital. Unit ini adalah bekas asrama pelatih jururawat yang telah di ubahsuai untuk di jadikan unit Hemodialisis HDOK. Jarak Unit Hemodialisis dari bangunan utama lebih kurang 200 meter. Perkhidmatan Dialisis dan CAPD berpindah dan memulakan perkhidmatan di bangunan ini bermula pada tahun 2013.


VISI

Menjadikan Hospital Duchess of Kent, Sandakan sebagai sebuah pusat rawatan berkualiti yang cermerlang dan terunggul di pantai timur Sabah.

 
MISI

Memberi kepuasan pelanggan yang menyeluruh melalui perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti, beretika secara cekap dan professional untuk memenuhi kehendak dan ekspektasi pelanggan.

OBJEKTIF

    Menyediakan rawatan Hemodialisis kepada pesakit-pesakit buah pinggang yang dirujuk oleh Pakar nefrologi
    Menjalankan rawatan dialisis dan melakukan “Pre renal Transplant Preparation” sebagai langkah awal untuk persediaan pembedahan pemindahan buah pinggang yang dilakukan di Hospital Besar Kuala Lumpur.
    Menyediakan perkhidmatan rawatan buah pinggang kepada pesakit-pesakit di sekitar Unit Satelit Hemodialisis mengikut syarat-syarat yang ditentukan (Hospital Cluster dan Pusat dialisis swasta).
    Memberi bantuan kepada pesakit-pesakit dalam rancangan Dialysis di rumah (CAPD) yang tinggal di sekitar kawasan unit.
    Memberi perkhidmatan rawatan ‘Acute Dialysis’ kepada kes-kes kecemasan seperti “Acute Renal Failure” dan “Poisoning”.


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

    Unit Hemodialisis Hospital Duchess of kent menyediakan perkhidmatan dialisis kepada pesakit-pesakit yang mengidap Penyakit kegagalan Ginjal pada peringkat akhir (ESRD).
    Menyediakan Rawatan Contionus Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) juga ada di sediakan bagi membantu pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan di rumah.
    Pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan “Acute Dialysis” dengan kadar segera juga disediakan bagi kes-kes seperti berikut:
       Acute Renal Failure (kegagalan ginjal akut)
       Malaria
       Keracunan parakuat.
    Menyediakan perkhidmatan rawatan buah pinggang kepada pesakit-pesakit di sekitar kawasan Unit Satelit mengikut syarat-syarat yang ditentukan.
    Memberi perkhidmatan pendidikan berterusan yang berkualiti kepada Pegawai Perubatan dan paramedik.