Unit Perubatan Rehabilitasi

PENGENALAN
Unit Perubatan Rehabilitasi mula beroperasi pada tahun 2019, dianggotai oleh Pakar Perubatan Rehabilitasi, Pegawai Perubatan Rehabilitasi, Ketua Jururawat, Jururawat Terlatih dan Penolong Pegawai Perubatan.
 

PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
   Menerima kes-kes rujukan, merawat dan mengendalikan kes-kes yang memerlukan rehabilitasi
   Memberi perkhidmatan rehabilitasi untuk pesakit dalam
   Memberi perkhidmatan rehabilitasi untuk pesakit luar
   Membuat lawatan klinik pakar perubatan rehabilitasi ke Hospital Kinabatangan, Hospital Beluran and Klinik Kesihatan Telupid
 

JENIS PERKHIDMATAN REHABILITASI
   Perubatan Rehabilitasi menawarkan program pemulihan atau rehabilitasi daripada pelbagai jenis penyakit di antaranya :
   Rehabilitasi strok
   Rehabilitasi penyakit saraf tunjang
   Rehabilitasi kecederaan otak
   Rehabilitasi amputasi
   Rehabilitasi pediatrik


MASA PERKHIDMATAN
Klinik Perubatan Rehabilitasi:
Selasa (1 petang hingga 5 petang)
Jumaat (8 pagi hingga 12 tgh hari)
Perawatan Pesakit Dalam untuk rehabilitasi : 24 jam
 
HUBUNGI KAMI
Talian telefon : 089- 248600 ext 5113 (kaunter), 5114 (pejabat)