Terapi Cara Kerja

PENGENALAN
Unit Terapi Cara Kerja merupakan salah satu unit di bawah Jabatan Rehabilitasi. Unit ini diketuai oleh 1 orang Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) U44, dibantu oleh 2 orang Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) U41, 1 orang Jurupulih Perubatan Carakerja U36, 3 orang Jurupulih Perubatan Carakerja U32, 11 orang Jurupulih Perubatan Carakerja U29 dan 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U14. Unit Terapi Cara Kerja menyediakan perkhidmatan pemulihan bagi mengembalikan kefungsian pesakit dan membolehkan pesakit mencapai tahap keberdikarian yang optima dalam mengurus diri, mengurus rumah, memandu, membuat pembelian, pekerjaan, persekolahan atau aktiviti masa lapang. Selain itu, Terapi Cara Kerja menitikberatkan juga aspek fizikal, mental, psikologikal dan kerohanian pesakit dalam rawatan yang diberikan.


PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Menerima rujukan, membuat penilaian dan rawatan pemulihan bagi kes seperti di bawah:

1.   Pesakit luar dan dalam Orthopedik
       Kecederaan tangan dan anggota atas
       Kecederaan saraf tunjang dan periferi
       Amputasi
2.   Pesakit luar dan dalam Perubatan Am
3.   Pesakit luar dan dalam Pembedahan Am
4.   Pesakit luar dan dalam Neurosurgeri
5.   Pesakit luar dan dalam Psikiatri Dewasa
6.   Pesakit luar dan dalam Pediatrik
       Early Intervention Program
       Fizikal
       Psikiatri
7.   Pesakit luar dan dalam Kelecuran
8.   Pesakit luar dan dalam Work Rehab
9.   Pesakit luar Pra-Memandu
10. Pesakit luar Low Vision
11. Pesakit luar dan dalam Cardiac Pulmonary Rehab

MASA PERKHIDMATAN
Isnin hingga Jumaat
8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum

HUBUNGI KAMI
No.tel: 089-248 600 (Sambungan: 5113)
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Facebook: Occupational Therapy HDOK Sandakan