PENGENALAN
Jabatan Ortopedik Hospital Duchess of Kent merupakan pusat rujukan bagi semua kes Ortopedik bagi Pantai Timur Sabah, khasnya Hospital Lahad Datu, Hospital Kinabatangan, Hospital Beluran dan Klinik Kesihatan Telupid. Jumlah katil bagi pesakit dalam adalah sebanyak 42 buah.
VISI & MISI
Memberi perkhidmatan dan rawatan kepada pesakit yang mengalami masalah sistem musculoskeletal seperti:
- Kecederaan anggota, kecederaan tulang spinal
- Penyakit persendian tulang
- Kecacatan semulajadi tulang, ketumbuhan dan infeksi/jangkitan tulang
OBJEKTIF
Meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai masalah sistem musculoskeletal.
FUNGSI
Jabatan Ortopedik HDOK memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi setiap pesakit yang datang mendapatkan rawatan daripada jabatan ini sama ada pesakit dalam ataupun pesakit luar di dalam bidang Ortopedik. Selain itu, Jabatan Ortopedik HDOK juga merupakan pusat rujukan bagi kes-kes Ortopedik bagi Pantai Timur Sabah khususnya Hospital Kinabatangan, Beluran dan juga Daerah Telupid.
PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Jabatan Pesakit Luar (OOPD)
- Klinik Ortopedik Umum - memberi rawatan susulan bagi kes-kes discaj dari wad;
- Menerima kes-kes rujukan daripada Jabatan Kecemasan, Jabatan Pesakit Luar, pengamal perubatan swasta;
- Menerima kes-kes rujukan daripada hospital sekitar Pantai Timur Sabah Hospital Lahad Datu, Hospital Kinabatangan, Hospital Beluran dan KK Telupid.
Pesakit Dalam
Melakukan pembedahan seperti:
- Internal fixation of fractures and dislocation
- External fixation of fractures
- Surgical management of soft tissue injuries
- Surgical management of traumatic injury to hand/digits
- Joint replacement (hip & knee)
- Spinal surgery
- Arthroscopy
- Hand surgery
- Limb lengthening
Laporan Perubatan
Bekerjasama dengan Jabatan Rekod dan Dokumentasi bagi menyediakan laporan perubatan bagi pesakit-pesakit berkaitan dengan masalah Ortopedik.
Latihan
Menerima Pelatih Pegawai Perubatan Siswazah, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu KKM, dan Kolej-kolej Swasta menjalankan latihan amali.
Perkhidmatan Casting (POP)
Perkhidmatan ini adalah "Multi User" bukan saja memberikan perkhidmatan kepada Disiplin Ortopedik tetapi juga memberikan perkhidmatan kepada jabatan dan hospital lain. Perkhidmatan Kas juga meliputi Strapping, Bandaging, Splinting dan pemasangan Fibre Glass Casting.