Forensik

PENGENALAN

Unit Perubatan Forensik adalah unit yang memberi perkhidmatan bedah siasat bagi membantu menyelesaikan kes Perundangan Perubatan (Medico Legal) untuk menyiasat kematian dengan setepat yang mungkin dan penyimpanan mayat sebelum dituntut oleh waris.


VISI

Unit Perubatan Forensik memberikan perkhidmatan Forensik yang berkualiti, perkhidmatan perundingan perubatan (MEDICO LEGAL) yang efisien, lengkap dan kos efektif.

 
MISI

Berkerjasama secara berpasukan untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, efisien, berkesan, perihatin dan sesuai alam sekitar (environment friendly).

OBJEKTIF

Objektif Unit Perubatan Forensik ialah dalam sesuatu siasatan kematian adalah untuk menentukan dengan setepat mungkin, mengapa dan bagaimana sesuatu kematian itu berlaku. Bersesuaian dengan objektif fungsi-fungsi KKM.


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

    Perkhidmatan yang disediakan ialah pengurusan jenazah kematian dari wad dan dari luar fasiliti hospital.
    Perkhidmatan Bedah siasat kes medico-legal dan kes klinikal.
    Perkhidmatan laporan bedah siasat kes medico-legal dan kes klinikal.
    Perkhidmatan pengambilan DNA untuk Jabatan Pendaftaran Negara dan Imigresen.