Fisioterapi

PENGENALAN
Unit Fisioterapi merupakan salah satu unit di bawah Jabatan Rehabilitasi yang terletak di Aras 1, Bangunan Klinik Pakar. Unit Fisioterapi mula beroperasi pada tahun 1988 dan dianggotai seramai 17 anggota yang terdiri daripada Pegawai Pemulihan/Jurupulih Perubatan Fisioterapi dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Unit Fisioterapi menyediakan perkhidmatan perawatan dan pemulihan bagi pesakit yang mengalami penyakit/kecederaan melibatkan anggota badan. Perkhidmatan merangkumi penilaian serta menganalisa pergerakan, struktur dan fungsi anggota badan, mengenal pasti ketidakupayaan dan melakukan rawatan.


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Perkhidmatan Unit Fisioterapi merangkumi Perkhidmatan Pesakit Dalam dan Perkhidmatan Pesakit Luar. Perkhidmatan perawatan
yang diberikan di Unit Fisioterapi terdiri daripada:

1. Perawatan Fisioterapi Muskuloskeletal
2. Perawatan Fisioterapi Neurologi Dewasa
3. Perawatan Fisioterapi Neurologi kanak-kanak
4. Perawatan Fisioterapi Respiratori & Kardiak
5. Perawatan Fisioterapi Kecederaan Tangan
6. Perawatan Fisioterapi Kecederaan Sukan
7. Perawatan Fisioterapi Urinari Inkontinen
8. Perawatan Fisioterapi Lymphoedema
9. Perawatan Fisioterapi Vestibular
10. Perawatan Fisioterapi Haemofilia
11. Perawatan Fisioterapi Amputee

MASA PERKHIDMATAN
Isnin – Khamis: 8.00 pagi – 1.00 tengahari
2.00 petang – 5.00 petang
Jumaat : 8.00 pagi – 11.30 pagi
2.00 petang – 5.00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum: Tutup

HUBUNGI KAMI
Talian Telefon: 089-248600 samb. 5113