Dewan Bedah

PENGENALAN

Dewan Bedah utama Hospital Duchess of Kent mula beroperasi pada tahun 2007.Terletak di aras satu bersebelahan dengan Unit Rawatan Rapi di bangunan baru 3 – 6 tingkat . Mempunyai 4 buah bilik bedah dan 1 bilik endoscopic/procedur yang beroperasi secara aktif mengikut jadual pembedahan elektif dan kecemasan yang telah di jadualkan. kes-kes yang dibuat adalah daripada kes-kes tempatan iaitu dari Hospital Duchess Of Kent Sendiri dan kes-kes dari Cluster Hospital.


VISI

Menyediakan perkhidmatan pembiusan dan pembedahan yang bermutu tinggi dan selamat kepada semua pesakit.

 
MISI

    Mewujudkan suasana yang kondusif , iaitu selesa dan selamat agar pembedahan ke atas pesakit dapat dijalankan secara lancar dan selamat.
    Melatih dan meningkatkan pengetahuan kakitangan dan paramedik berkaitan dengan teknologi dan penggunaan peralatan terkini.
    Memberikan perkhidmatan kepakaran dan khidmat sokongan yang berkualiti.

OBJEKTIF

    Perkhidmatan pembiusan dan pembedahan yang berkualiti dengan penggunaan peralatan serba moden, canggih dan dikendalikan oleh kakitangan yang cekap dan efektif.
    Mewujudkan suasana yang kondusif , iaitu selesa dan selamat agar pembedahan ke atas pesakit dapat dijalankan secara lancar dan selamat.
    Melatih dan meningkatkan pengetahuan kakitangan dan paramedik berkaitan dengan teknologi dan penggunaan peralatan terkini.
    Memberikan perkhidmatan kepakaran dan khidmat sokongan yang berkualiti.B92perkhidmatan pembiusan, pembedahan dan penjagaan pemulihan selepas pembedahan secara cekap , selamat dan profesional berteraskan Safe Surgery Saves Lives (SSSL).
    Untuk mendokong nilai kerja berpasukan secara bekerjasama dengan perkhidmatan klinikal yang berkaitan untuk mencapai keputusan terbaik dalam perkhidmatan yang diberikan.
    Menyediakan latihan yang mencukupi dan bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan dan tenaga profesional pada masa ini dan akan datang bagi program rawatan.


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

    "Perioperative anaesthesia care" untuk pesakit yang memerlukan pembedahan.
    Perkhidmatan rawatan rapi bagi pesakit kritikal.
    Perkhidmatan "Day Care Surgery".
    Perkhidmatan "Aute Pain Service".
    Khidmat nasihat kepada pesakit yang berhubung dengan Anaesthesia (Klinik Anaeshesia).