PENGENALAN
Unit Neurofisiologi Hospital Duchess of Kent Sandakan mula beroperasi pada Jun 2009 dibawah Pengurusan Dr. Zorina Khalid selaku Pengarah Hospital. Unit Neurofisiologi Hospital Duchess of Kent Sandakan merupakan hospital rujukan bagi kawasan Pantai Timur Sabah termasuklah Hospital Lahad Datu, Hospital Beluran, Hospital Kinabatangan serta Klinik Kesihatan Telupid dan Klinik Kesihatan Tongod. Unit yang ditempatkan di bilik OT lama ini mula memberikan perkhidmatan Ujian Diagnostik Electroencephalograph (EEG) Jun 2009 dengan kekuatan seorang staf Penolong Pegawai Perubatan U29 En. Aleysone Chong dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U12 Pn. Nasarah Otoh. Unit Neurofisiologi pada asalnya (tahun 2009) mula beroperasi di bilik OT Lama (No.Lokasi:03-01-010) dan berpindah ke Unit Kardiologi, BilikKonsultasi 2 (No.Lokasi:02-GF-026) pada tahun berikutnya 2010 sehingga sekarang.
VISI
Menjadikan Hospital Duchess of Kent, Sandakan sebagai sebuah pusat rawatan berkualiti yang cermerlang dan terunggul di pantai timur Sabah.
MISI
Memberi kepuasan pelanggan yang menyeluruh melalui perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti, beretika secara cekap dan profesional untuk memenuhi kehendak dan ekspektasi pelanggan.
OBJEKTIF
Mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada pelanggan melalui perkhidmatan diagnostik, rawatan, penjagaan bermutu tinggi dan pemulihan awal yang berkesan serta berterusan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Perkhidmatan Ujian Diagnostik Electroencephalograph (EEG)
Perkhidmatan Ujian Amplitude - Intergrated Electroencephalograph (AEEG)