A- A A+

Perutusan Pengarah

Image
                                                                                                                         

Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman portal rasmi Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS). Melalui medium rasmi ini, pihak hospital akan menyalurkan maklumat dan info yang berguna bagi memastikan pesakit sentiasa diberikan perkhidmatan secara profesional, berkualiti dan mesra pelanggan.

Bermula dari tahun lepas, seluruh dunia sedang berperang dengan pandemik COVID-19 yang telah memberi impak yang besar terhadap semua pihak. Pandemik COVID-19 ini telah memberi banyak ruang kepada kita untuk mengukur tahap keanjalan dan kesediaan sistem penjagaan kesihatan di HWKKS dalam menghadapi sesuatu krisis kesihatan dan seterusnya menjadikan kita lebih dinamik dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada orang awam.

Sehubungan itu, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan setinggi-tinggi penghargaan di atas segala komitmen dan khidmat bakti yang diberikan secara berterusan oleh warga HWKKS sehingga kini sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam bersama- sama saya memerangi wabak COVID-19 ini.

Adalah menjadi harapan saya agar portal rasmi ini akan menjadi platform penyampaian dan perkongsian maklumat perkhidmatan kesihatan yang disediakan di HWKKS. Segala usaha akan pihak kami laksanakan dengan komitmen bagi meningkatkan mutu kualiti perkhidmatan hospital.

 

Selamat melayari portal rasmi Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

 

Sekian, terima kasih.

DR. MARCUS NETTO

PENGARAH HOSPITAL WANITA DAN KANAK-KANAK SABAH

Agensi Kerajaan

Hubungi Kami

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No.187
88996 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-522600
Fax : 088-438512
Email : hwkks@moh.gov.my
Today203
Yesterday284
This week1549
This month3813
Total376131

2025-02-14
Image
Kemaskini terakhir:
31 Januari 2025
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PETA LAMAN
Penafian : Pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Hak Cipta Terpelihara @ 2018 HWKKS | sesuai di paparkan menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozila & Google Crome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu