Unit Pengurusan Aset

PENGENALAN

Unit Pengurusan Aset terletak di Aras 4, Bahagian Pengurusan, Hospital Wanitadan Kanak-Kanak,Sabah.Mula beroperasi pada tahun 2008 dan diketuai oleh seorang Pembantu Tadbir Gred N22 dan dibantu oleh tiga (3) orang PembantuTadbir (P/O) Gred N19.

SENARAI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Menguruskan pendaftaran aset yang diterima dengan merekod penerimaan aset dan membuat pelabelan
  • Mengendalikan pemeriksaan aset sekurang-kurangnya satu kali setahun bagi setiap aset yang didaftarkan
  • Merekod, menyelia dan memantau penyelenggaraan aset yang dibuat oleh syarikat konsesi Sedafiat Sdn.Bhd
  • Menerima permohonan pelupusan dan menjalankan proses pelupusan aset
  • Melaporkan kehilangan aset dan melakukan tindakan hapus kira aset
  • Menjadi Urusetia kepada JKPAK yang ahlinya terdiri daripada Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan sepertimana berikut:
    • Pengerusi : Pengarah Hospital
    • Setiausaha : Pegawai Aset HWKKS
    • Ahli : Semua Ketua Jabatan/Bahagian dan Unit dan pegawai-pegawai lain yang telah dilantik sebagai Pembantu Pegawai Aset, Pegawai Penerima dan Pegawai Pemeriksa
  • Menguruskan aktiviti pemindahan dan peminjaman aset di dalam hospital ataupun ke hospital lain
  • Menguruskan permohonan kelulusan bagi penerimaan hadiah atau sumbangan
Hakcipta Terpelihara @ 2025 - Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Microsoft Edge, Mozilla Firefox & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu