A- A A+

Unit Hemodialisis

PENGENALAN

Perkhidmatan Unit Hemodialisis bermula pada 25.4.2005. Unit ini diketuai oleh seorang Pembantu Perubatan U 32 yang bertindak sebagai pegawai yang menjaga unit dan dibantu oleh 9 orang kakitangan U 29 dan 2 anggota Pembantu Perawatan Kesihatan U 3. Pada masa ini, Unit ini dipantau oleh seorang Pakar Pelawat Nefrologi daripada Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu yang datang setiap 3 bulan atau jika perlu.

POLISI PERKHIDMATAN

Pesakit-pesakit tertentu yang akan diberi keutamaan seperti pesakit yang sedang menunggu pembedahan pemindahan buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur (hospital kerajaan sahaja).

Pesakit-pesakit yang telah menjalani pembedahan pemindahan Buah Pinggang di Hospital Kuala Lumpur tetapi telah mengalami kegagalan (Rejection).

Kes-kes "Acute Renal Failure" mungkin akan diberi rawatan "acute hemodialisis" jika rawatan "Peritoneal dialisis" gagal atau tidak dapat dilakukan (contraindication).

Peraturan serta kriteria berkenaan dengan pengambilan dan kemasukan pesakit dalam program rawatan hemodialisis

Pengambilan dan kemasukan pesakit adalah berdasarkan, Siapa dahulu dia dapat (first comes first served).

Pesakit terdiri daripada orang tempatan (warganegara).

Pesakit-pesakit yang akan menjalani rawatan dialisis mestilah bebas daripad Hep. B, Hep.C dan HIV mesti menjalani ujian saringan terlebih dauhulu sebelum diterima menjalani rawatan.

Pesakit telah mempunyai "AVF" atau "BCF".

Pesakit-pesakit perlu menjelaskan caj rawatan terlebih dahulu setiap kali sebelum memulakan rawatan (perintah am).

Pesakit bukan warganegara adalah tidak layak menerima rawatan dialisis.

Agensi Kerajaan

Hubungi Kami

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No.187
88996 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-522600
Fax : 088-438512
Email : hwkks@moh.gov.my
Today159
Yesterday193
This week159
This month1994
Total312130

2024-09-09
Image
Kemaskini terakhir:
20 Julai 2024
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PETA LAMAN
Penafian : Pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Hak Cipta Terpelihara @ 2018 HWKKS | sesuai di paparkan menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozila & Google Crome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu