Unit Hal Ehwal Islam
PENGENALAN
Unit Hal Ehwal Islam merupakan salah satu unit yang berada di bawah Jabatan Pengurusan Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah. Penubuhannya sebagai satu mekanisme ke arah menjaga kemaslahatan seluruh warga Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah dan para pesakit yang beragama Islam dari sudut fizikal dan spiritual selaras dengan tuntutan syriat Islam. Fungsi Unit Hal Ehwal Islam Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah merangkumi :
- Merealisasikan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mewujudkan konsep Hospital Mesra Ibadah.
- Mengendali, menyelaras dan melaksanakan latihan dan program Penerapan Nilai-nilai Islam kepada kakitangan hospital.
- Menguruskan perkhidmatan khidmat nasihat, pengurusan jenazah,urusan Fardhu Kifayah dan menyediakan bahan-bahan penerbitan berkaitan Hal Ehwal Islam
- Menguruskan fasaliti berkaitan agama Islam seperti kit Ibadah Pesakit, surau, musolla dan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan Hal Ehwal Islam.