A- A A+

Unit Perkhidmatan, Perjawatan & HRMIS

PENGENALAN

Perkhidmatan

Unit Perkhidmatan adalah sebuah dibawah Bahagian Pengurusan Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah. Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik M48, seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai tadbir N29, seorang Pembantu Tadbir N22, 13 orang Pembantu Tadbir 19 dan 1 Pembantu Am.

Selari dengan visi dan misi yang telah ditetapkan, adalah menjadi tanggungjawab Unit Perkhidmatan memberikan perkhidmatan yang cemerlang bersesuaian dengan keperluan pelanggan seperti

  • Menguruskan pengesahan perlantikan dan pengesahan dalam perkhidmatan atau perlanjutan tempoh percubaan.
  • Memproses kemasukan ke dalam jawatan berpencen.
  • Urusan persaraan.
  • Memproses pergerakan gaji tahunan.
  • Menyenggara buku perkhidmatan.

Piagam Pelanggan

Perkhidmatan sokongan kepada bahagian-bahagian lain dalam semua perkara yang berkaitan dengan pengurusan perkhidmatan. Menjadi sumber rujukan kepada semua jabatan / bahagian di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah kepada apa-apa masalah berkaitan perkhidmatan.


Perjawatan dan Hrmis

Unit Perjawatan dan HRMIS ditubuhkan pada 01 April 2014 dan merupakan unit di bawah Bahagian Pengurusan. Unit ini terletak di Aras 4, Bangunan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah. Unit ini diselia oleh Timbalan Pengarah Pengurusan M48 dan Penolong Pengarah Kanan M44. Manakala Penolong Pegawai Tadbir N27 merupakan ketua unit ini dan mempunyai dua Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 dalam melaksanakan tugas serta aktiviti yang telah ditetapkan di dalam unit ini.

Piagam Pelanggan
  • Memastikan aduan/ masalah melaui meja bantuan HRMIS disellesaikan dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam mengikut capaian semasa HRMIS. Sekiranya sistem ditutup atau tergendala, aduan/ masalah yang diterimaakan diselesaikan sebaik sahaja sistem kembali pulih.
  • Memastikan sandangan pegawai bagi lantikan baru atau bertukar keluar/masuk di JKN Sabah diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh maklumat penempatan diterima dari Unit Sumber Manusia.

Agensi Kerajaan

Hubungi Kami

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No.187
88996 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-522600
Fax : 088-438512
Email : hwkks@moh.gov.my
Today108
Yesterday199
This week1783
This month5859
Total289413

2024-06-23
Image
Kemaskini terakhir :
20 May 2022
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PETA LAMAN
Penafian : Pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Hak Cipta Terpelihara @ 2018 HWKKS | sesuai di paparkan menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozila & Google Crome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu