A- A A+

Jabatan Patologi

PENGENALAN

Jabatan Patologi, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak mula berkhidmat secara rasminya pada Disember 2004. Jabatan Patologi terletak di Aras 4, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak.

Jabatan ini merupakan makmal ujian kesihatan kerajaan di Sabah yang menyediakan perkhidmatan makmal diagnostic, ujian klinikal dan patologi untuk pelbagai disiplin perubatan di hospital termasuk obstetric dan ginekologi, pediatrik, onkologi dan radioterapi, perubatan nuclear dan lain-lain disiplin klinikal.

Makmal patologi menawarkan melebihi 100 analisis klinikal portfolio di dalam bidang immunologi, hematologi/koagulasi, kimia klinikal, parasitology, mikrobiologi/ penyakit berjangkit, analisis pemantauan ubat terapeutik, sitologi, dan perubatan transfusi. Perkhidmatan ini juga merangkumi ‘point of care testing’.

Makmal kami juga bertanggungjawab membuat semua ujian Program Saringan Kongenital Hipotiroidisme dari hospital daerah termasuk Kudat, Kota Belud, Kota Marudu, Ranau, Tuaran, Papar, Kuala Penyu, Sipitang dan Beaufort.

Melalui pengalaman dan kepimpinan kami di dalam bidang ujian perubatan, kami telah menimba pelbagai pengetahuan mengenai keperluan dan jangkaan pelanggan. Jabatan kami secara proaktif telah menyertai Program Jaminan Kualiti berkaitan perkhidmatan makmal diagnostik. Hal ini bagi memastikan ketepatan dan relibiliti keputusan makmal terjamin.

Perkhidmatan

- Preanalitikal

- Hematologi

- Kimia Patologi

- Mikrobiologi klinikal

- Serologi

- Sitology

- Makmal Sumsum Tulang

- Perubatan Transfusi

Piagam Pelanggan

1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, sopan dan ikhlas

2. Setiap Pelanggan akan memperoleh keputusan tepat pada masa

3. Setiap maklumat pelanggan adalah sulit

Prosedur Ujian Masa

UFEME 45 min

Stool/Occult Blood 45 min

UPT 45 min

Serum Bilirubin 45 min

FBC/PT/PTT 45 min

ESR 60 min

BSMP 60 min

Biochemistry Test (Routine) 60 min

Gram Stain/ Torula Stain 60 min

Agensi Kerajaan

Hubungi Kami

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No.187
88996 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-522600
Fax : 088-438512
Email : hwkks@moh.gov.my
Today40
Yesterday276
This week1533
This month9494
Total368632

2025-01-25
Image
Kemaskini terakhir:
10 Januari 2025
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PETA LAMAN
Penafian : Pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Hak Cipta Terpelihara @ 2018 HWKKS | sesuai di paparkan menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozila & Google Crome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu