A- A A+

Unit Kerja Sosial Perubatan

PENGENALAN

Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) memberikan bantuan kepada pesakit khususnya dari aspek mengatasi masalah psikososial dan sosio-ekonomi agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang produktif dan boleh berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya atau masalah yang dihadapi.

Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP), Hospital Wanita Dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) mula beroperasi pada bulan Mac 2005. Unit ini dianggotai oleh 3 orang kakitangan yang terdiri dari Pegawai Kerja Sosial Perubatan S44 dan 2 orang Pegawai Kerja Sosial Perubatan S41.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah adalah untuk memberikan bantuan psikososial kepada pesakit dan/ atau waris. Bantuan psikososial ini melibatkan penilaian biopsikososial yang perlu dijalankan ke atas pesakit dan/ atau waris oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan sebelum intervensi bantuan praktik dan intervensi bantuan terapi sokongan diberikan.

Proses intervensi kerja sosial perubatan memfokuskan kepada tiga proses utama iaitu kerja kes, kerja kumpulan dan kerja komuniti.

  1. Terapi sokongan yang melibatkan:
  2. Khidmat perundingan
  3. Sokongan emosi
  • Intervensi krisis meliputi kes keganasan rumah tangga ibu tanpa nikah penderaan dan pengabaian kanak-kanak jenayah seksual dan kes-kes lain yang berkaitan termasuk pesakit akut dan kronik.

 

Bantuan terapi sokongan diberi kepada:

  1. Pesakit warganegara Malaysia.
  2. Pesakit warganegara Malaysia yang tidak berdaftar atau tiada dokumen pengenalan diri mesti mengemukakan dokumen sokongan rasmi lain bagi mengesahkan pengenalan diri.
  • Bukan warganegara Malaysia yang melibatkan perundangan sosial dan kes bencana sahaja.
  1. Bantuan praktik melibatkan aspek:
  2. Bantuan kewangan (peralatan/ ubatan/ rawatan/ am)
  3. Penempatan institusi
  • Mengesan waris

Bantuan Bantuan praktik ini diberikan kepada pesakit akut dan kronik.

  1. Pesakit warganegara Malaysia.
  2. Pesakit warganegara Malaysia yang tidak berdaftar atau tiada dokumen pengenalan diri mesti mengemukakan dokumen sokongan rasmi lain bagi mengesahkan pengenalan diri.

* Lengkapkan borang permohonan serta dokumen-dokumen diperlukan untuk dihantar ke agensi berkenaan.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan tanpa mengira kaum, agama, umur, jantina dan taraf sosioekonomi.
  2. Segala maklumat pelanggan yang diperolehi akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu mengikut keperluan.
  3. Segala pengurusan permohonan bantuan praktik dan terapi sokongan adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan agensi yang berkaitan, sumber sedia ada dan kelayanakn pemohon.

 

AGENSI PEMBERI BANTUAN

  1. Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
  2. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  3. Tabung Bantuan Perubatan (TBP)
  4. Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM)
  5. Taiwan Buddhist Tzu Chi Malaysia
  6. Pusat Zakat Sabah
  7. Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah
  8. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
  9. Malaysian AIDS Foundation




Agensi Kerajaan

Hubungi Kami

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No.187
88996 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-522600
Fax : 088-438512
Email : hwkks@moh.gov.my
Today107
Yesterday199
This week1782
This month5858
Total289412

2024-06-23
Image
Kemaskini terakhir :
20 May 2022
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PETA LAMAN
Penafian : Pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Hak Cipta Terpelihara @ 2018 HWKKS | sesuai di paparkan menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozila & Google Crome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu