A- A A+

Jabatan Dietetik Dan Sajian

PENGENALAN

Jabatan Dietetik dan Sajian merupakan salah satu jabatan sokongan klinikal bagi Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah. Jabatan ini terletak di blok yang berasingan daripada blok utama hospital. Lokasi jabatan ini adalah di antara Unit Perubatan Tradisional dan Komplimentari serta kafeteria hospital. Jabatan ini memberikan dua perkhidmatan utama kepada hospital ini iaitu:
a. Perkhidmatan Dietetik Klinikal
b. Perkhidmatan Makanan

PIAGAM PELANGGAN

Perkhidmatan Dietetik
Klinikal Peratusan pesakit dalam yang telah dilihat oleh Pegawai Dietetik dalam tempoh masa 24 jam hari bekerja (1 hari bekerja) setelah menerima Borang Rujukan Dietetik untuk MNT.

Perkhidmatan Makanan
Makanan dihidang kepada pesakit mengikut tempoh waktu yang ditetapkan seperti jadual di bawah: JENIS HIDANGAN WAKTU AGIHAN MAKANAN KE WAD WAKTU HIDANGAN MAKANAN DI WAD

JENIS HIDANGAN

WAKTU AGIHAN MAKANAN KE WAD

WAKTU HIDANGAN MAKANAN DI WAD

Sarapan Pagi

7.30 – 8.00 pagi

8.00 – 8.30 pagi

Makan Tengahari

11.30 pagi – 12.00 tengah hari

12.00 – 12.30 tengah hari

Minum Petang

2.00 – 2.30 petang

2.30 – 3.00 petang

Makan Malam

5.00 – 5.30 petang

5.30 – 6.00 petang



PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Perkhidmatan Dietetik Klinikal
Pengurusan Perkhidmatan Dietetik Pesakit Dalam dan Pesakit Luar adalah berasaskan prosedur nutrition care process yang merangkumi nutrition assessment, nutrition diagnosis, nutrition intervention, nutrition evaluation and monitoring serta dokumentasi. Pesakit yang mempunyai keperluan akan diberikan preskripsi diet teraputik atau preskripsi formula bayi khas/produk enteral sebagai nutrition intervention sama ada sebagai suplemen pemakanan oral ataupun pemakanan melalui tiub. Pengurusan Perkhidmatan Dietetik juga melibatkan komuniti melalui pelaksanaan kempen kesihatan, jemputan ceramah dan lawatan ke rumah bagi kes-kes yang tertentu.

Perkhidmatan Sajian
Sistem perkhidmatan makanan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah menggunakan konsep hybrid inhouse dimana hidangan disediakan kepada pesakit dalam serta anggota hospital yang berkelayakan berdasarkan pekeliling dan arahan semasa dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Perkhidmatan sajian juga membekalkan formula bayi khas/produk enteral kepada pesakit yang sedang menerima rawatan di wad sama ada sebagai suplemen pemakanan oral atau pemakanan melalui tiub mengikut preskripsi oleh Pegawai Dietetik.

Penyelidikan dan Pembangunan
Jabatan Dietetik dan Sajian juga menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan perkhidmatan dietetik klinikal dan perkhidmatan makanan dari masa ke semasa bagi menambahbaik kualiti perkhidmatan.

Agensi Kerajaan

Hubungi Kami

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No.187
88996 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-522600
Fax : 088-438512
Email : hwkks@moh.gov.my
Today115
Yesterday199
This week1790
This month5866
Total289420

2024-06-23
Image
Kemaskini terakhir :
20 May 2022
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PETA LAMAN
Penafian : Pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Hak Cipta Terpelihara @ 2018 HWKKS | sesuai di paparkan menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozila & Google Crome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu