A- A A+

Unit Perpustakaan

PENGENALAN

Unit Perpustakaan telah ditubuhkan seiring dengan penubuhan Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah iaitu pada tahun 2005. Pada awalnya, unit yang terletak di aras 4 bangunan asal hospital ini telah diletakkan dibawah seliaan Penolong Pegawai Tadbir (N27) dan diketuai oleh seorang Pembantu Perpustakaan (S17) serta dibantu oleh 2 orang Pembantu Perawatan Kesihatan (U3).

Unit yang berfungsi sebagai pusat rujukan maklumat dan rekreasi bagi kakitangan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak ini telah menggunakan Sistem pengkelasan “Nasional Library of Medicine” (NLM) sebagai panduan bagi aktiviti pengkelasan bahan-bahannya.

Pada awal penubuhannya, unit ini hanya mempunyai jumlah bahan yang terkumpul sebanyak 195 unit (dengan 109 judul buku) dan 8 tajuk Jurnal (Pediatrics and Child Health, Pediatrics, Archives of Diseases in Childhood, Current Opinion O & G, O & G Green Jurnal, Nursing Times, British Jurnal Anaesthesia dan Peadiatric Surgery).

Kini, bahan-bahan perpustakaan juga telah meningkat kepada 847 unit (705 judul) dan 13 tajuk jurnal. Unit ini juga telah diletakkan dibawah seliaan Penolong Pengarah Kanan (M44) dan masih diketuai oleh Pembantu Perpustakaan (S17) serta dibantu oleh seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (U3).

  1. PIAGAM PELANGGAN
  • Memberi perkhidmatan yang cepat, cekap, tepat dan mesra kepada pelanggan.
  • Pendaftaran untuk keahlian akan diproses dalam masa 10 minit.
  • Tempoh 2 minggu akan diberikan kepada peminjam untuk proses pemulangan.
  • Pencarian artikel dalaman akan dilaksanakan selama 10 minit.
  • Artikel luaran dengan menggunakan “Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) akan dibuat selama seminggu. Jika artikel tidak berjaya diperolehi, pelanggan akan dimaklumkan dengan segera.
  • Wang deposit keahlian akan disimpan dengan selamat melalui tabung amanah.

 

 

Agensi Kerajaan

Hubungi Kami

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No.187
88996 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-522600
Fax : 088-438512
Email : hwkks@moh.gov.my
Today97
Yesterday199
This week1772
This month5848
Total289402

2024-06-23
Image
Kemaskini terakhir :
20 May 2022
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PETA LAMAN
Penafian : Pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Hak Cipta Terpelihara @ 2018 HWKKS | sesuai di paparkan menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozila & Google Crome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu