A- A A+

Unit Psikologi Kaunseling

PENGENALAN

            Organisasi memerlukan perkhidmatan kaunseling bagi memastikan  kesejahteraan anggotanya. Anggota yang sihat mental dan fizikalnya adalah anggota yang produktif dan mampu membawa sesebuah organisasi itu ke tahap yang lebih tinggi dan membanggakan. Oleh itu, Unit Psikologi Kaunseling telah di wujudkan pada 11 Disember 2006 setelah jawatan Pegawai Psikologi ditempatkan di organisasi untuk memberi keutamaan kepada kesejahteraan pelanggan dan sumber manusianya. Ini amat bersesuaian dengan visi, misi dan objektif kementerian yang menetapkan pencapaian perkhidmatan yang adil, berkualiti, mudah diperolehi serta berteknologi sesuai kepada para pelanggan dan juga semua anggotanya.     

            Antara faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada keperluan kaunseling khususnya kepada anggota Kementerian Kesihatan Malaysia adalah berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Kaplan dan Mayers ( 1999 ) untuk World Health Organization ( WHO ). Berdasarkankajian tersebut, ia mendapati kira-kira 15% dari keseluruhan populasi sesebuah organisasi itu secara puratanya memerlukan perkhidmatan kaunseling.  Kajian ini dilakukan di pelbagai penempatan organisasi, institusi pendidikan dan kesihatan mental.

            Pegawai Psikologi adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas-tugas intervensi kaunseling dan psikososial di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah. Buat masa ini, Pegawai Psikologi yang bertugas adalah diletakkan di bawah Unit Psikologi Kaunseling Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah kerana terdapat kesinambungan dalam memainkan peranan untuk memberi perkhidmatan kesihatan emosi kepada semua warga Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah. Perkhidmatan ini merangkumi sesi intervensi terhadap pesakit dan juga warga kerja Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah yang memerlukannya. Melalui penubuhan Unit Psikologi Kaunseling ini, maka perkembangan penjagaan kesihatan mental dan emosi boleh diselaraskan dengan perkembangan perubatan pada masa kini.

PIAGAM PELANGGAN

Bagi memenuhi kepuasan pelanggan, Unit Psikologi Kaunseling Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah bertekad, komited dan akan sentiasa untuk member perkhidmatan yang cemerlang kepada setiap pelanggan dalam aspek-aspek berikut;

 

v  Pesakit akan diberi perkhidmatan kaunseling yang berkualiti;

v  Pesakit yang memerlukan perkhidmatan kaunseling khas yang tidak dapat disediakan di HWKKS akan dirujuk ke hospital lain atau agensi yang berkaitan;

v  Pesakit akan dipastikan bahawa rekod sesi kaunseling adalah dirahsiakan ; dan

v  Pesakit akan diberikan penjelasan yang jelas dan teliti tentang prosedur dan perkhidmatan yang diberi.

 

 

 

Agensi Kerajaan

Hubungi Kami

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No.187
88996 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-522600
Fax : 088-438512
Email : hwkks@moh.gov.my
Today110
Yesterday199
This week1785
This month5861
Total289415

2024-06-23
Image
Kemaskini terakhir :
20 May 2022
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PETA LAMAN
Penafian : Pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Hak Cipta Terpelihara @ 2018 HWKKS | sesuai di paparkan menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozila & Google Crome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu