Unit Perolehan
PENGENALAN
Unit ini telah ditubuhkan pada tahun 2010. Sehingga kini anggota yang bertugas di unit ini adalah seramai lima (5) orang. Unit ini berfungsi bagi memproses pembelian terus, Sebut Harga, Kontrak Perjanjian dan Kontrak Pusat.
SKOP PEROLEHAN
Memastikan semua perolehan Kerajaan diurus berlandaskan dasar dan prinsip perolehan Kerajaan bagi menjamin perolehan yang terbaik dan berkesan.
PERKHIDMATAN PEROLEHAN
- PEMBELIAN TERUS
- Memproses semua permohonan daripada end-user bagi bekalan/perkhidmatan.
- SEBUT HARGA
- Memproses permohonan daripada end-user sama ada perolehan secara lum sum atau berkala.
- KONTRAK PERJANJIAN
- Menyediakan kontrak perjanjian bagi sebut harga yang bernilai RM50,000 hingga RM500,000.00 peringkat Hospital.
PIAGAM PELANGGAN
- Memproses pembelian terus / Kontrak Pusat / Kontrak Kementerian yang lengkap dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
- Memproses Sebut Harga yang lengkap dalam masa tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
- Memproses Kontrak Perjanjian yang lengkap diterima daripada Pembekal iaitu (Surat Setuju Terima) dalam masa empat (4) bulan selepas disemak dan disahkan oleh PUU (Perlembagaan Undang-Undang KKM)