A- A A+

Jabatan Kecemasan & Trauma

PENGENALAN

Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah memberi perkhidmatan kecemasan 24 jam kepada populasi sekitar Kota KInabalu dan beberapa kawasan yang berdekatan serta bertanggungjawab dalam melakukan penilaian awalan, perawatan, stabilisasi, dan penempatan pembedahan dan perubatan kecemasan. Jabatan Kecemasan dan Trauma ini juga menyediakan suasana persekitaran yang selamat dan perawatan kecemasan yang efisyen disamping pengurusan klinikal audit dan penyelidikan.

Perkhidmatan yang diberikan adalah berdasarkan plan yang komprehensif termasuklah pengendalian Pra Hospital, resusitasi, stabilisasi dan pengurusan perawatan ’definitive’, Khidmat Pusat Bersepadu ( OSCC ), dan pengendalian pasukan perubatan.Perawatan pesakit adalah berdasarkan ketenatan dan keadaan klinikal pesakit.

Plan pengurusan pesakit memerlukan pendekatan yang meluas termasuklah fokus kepada pelanggan, perawatan yang berkualiti, tahap kesihatan yang baik dan menjaga maruah pesakit. Selain itu, beberapa pendekatan lain bagi pesakit seperti aktiviti pendidikan kesihatan. Ia menjadi aktiviti perkhidmatran di Jabatan Kecemasan & Trauma khususnya.

Oleh kerana Hospital Wanita dan Kanak-Kanak adalah Jabatan Kecemasan dan Trauma yang ketiga di Kota Kinabalu, ia berfungsi sebagai pusat bantuan apabila berlaku bencana.

Perkhidmatan Yang Disediakan 

  1. Perkhidmatan Perawatan Pra Hospital dan Perkhidmatan panggilan ambulan. Skop kawasan perkhidmatan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak adalah di dalam lingkungan             25kilometer radius. Perkhidmatan ini termasuklah resusitasi, stabilisasi di tempat kejadian dan pengangkutan pesakit ke Hospital atau ke Hospital yang berkaitan.  
  2. Perkhidmatan Perawatan Kecemasan. Semua pesakit akan disaring oleh Penolong Pegawai Perubatan sebelum dilihat oleh Pegawai Perubatan. Pesakit akan disaring mengikut 3 kategori berdasarkan “Malaysian Triage Category” iaitu Zon Merah, Zon Kuning dan Zon Hijau. Pesakit akan terus ke zon yang telah ditetapkan untuk mendapatkan rawatan , nasihat yang tepat dan betul. Jabatan Kecemasan & Trauma menyediakan perawatan yang komprehensif termasuklah :
  • Resussitasi dan stabilisasi pesakit,
  • Diagnosis dan prosedur intervensi.
  • Perawatan definitif.
  • Perawatan asthma.
  1. Pusat Khidmat Bersepadu (One Stop Crisis Centre) (OSCC) Pusat Khidmat Bersepadu (OSCC) mengkoordinasi dengan jabatan atau agensi yang lain bagi pengurusan kes rogol , penderaan kanak-kanak serta pergaduhan rumahtangga.
  2. Pengurusan bencana Jabatan Kecemasan & Trauma mengkoordinasi pengurusan bencana samada di dalam ataupun di luar kawasan. 
  3. Pemeriksaan Medicolegal Menjalankan pemeriksaan Medicolegal bersama-sama unit yang lain dan menyediakan laporan perubatan.
  4. Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan ( Call Centre) Bertindak sebagai Pusat Koordinasi Perubatan untuk rujukan luar. Ia juga bertindak sebagai koordinasi perkhidmatan ambulan kecemasan disekitar kawasan Kota Kinabalu.

Zon-Zon yang Klinikal.

Zon Hijau (Zon tidak kritikal ) 

Kes-kes yang stabil dan dilihat oleh anggota kecemasan dalam masa 30 minit semasa pendaftaran dilakukan dan akan dilihat oleh Pegawai Perubatan dalam masa 90 -120 minit. Bagi kes yang perlu masuk ke wad tetapi perlukan nasihat sebelum masuk ke wad, Unit tersebut perlu respon kurang dari 20 minit selepas rujukan dibuat. 

Zon Kuning ( Zon Separa Kritikal )  

Anggota Kecemasan perlu memberi perawatan kecemasan kepada pesakit di Zon Kuning kurang dari 15 minit. Semua kes yang telah dirujuk kepada unit lain untuk pandangan mahupun masuk wad, unit tersebut harus melihat pesakit dalam masa 30 minit. 

Zon Merah ( Zon Kritikal ) 

Anggota Kecemasan perlu memberi perawatan kecemasan kepada pesakit di Zon Merah dalam tempoh serta merta. Semua kes yang telah dirujuk dari Zon Merah perlu diperiksa oleh Pegawai Perubatan yang berpengalaman dari unit tersebut.Penglibatan awal pakar dalam pengendalian perawatan kecemasan di Zon Merah adalah yang terbaik.

 

 

Agensi Kerajaan

Hubungi Kami

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No.187
88996 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-522600
Fax : 088-438512
Email : hwkks@moh.gov.my
Today165
Yesterday193
This week165
This month2000
Total312136

2024-09-09
Image
Kemaskini terakhir:
20 Julai 2024
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PETA LAMAN
Penafian : Pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Hak Cipta Terpelihara @ 2018 HWKKS | sesuai di paparkan menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozila & Google Crome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu