A- A A+

Unit Kualiti

PENGENALAN

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) yang berkeluasan tapak 25.05 ekar ini wujud melalui pembelian sebuah hospital swasta Sabah Medical Center (SMC), iaitu dalam perjanjian jual beli pada 03 Mac 2003. HWKKS terletak 7.8km dari bandaraya Kota Kinabalu dan merupakan hospital bertaraf pakar di daerah Likas.  Perkhidmatan Fasa 1 telah disempurnakan oleh Dato’ Dr.  Zainul Bin Hamzah Pengarah Kesihatan Negeri Sabah pada 11 April 2005.  Majlis penjenamaan Hospital Likas kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah telah diadakan pada 9 Ogos 2009.

HWKKS juga merangkumi Pusat Perubatan Nuklear yang pertama di negeri Sabah dan telah dirasmikan Oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah pada 22 Disember 2014.

Unit Kualiti Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah ditubuhkan pada 16 Disember 2004 untuk memantau, melaksanakan dan memastikan semua aktiviti-aktiviti kualiti yang dirancangkan oleh Hospital, Jabatan dan Kementerian dikendalikan dengan mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Unit Kualiti Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah terletak di Aras 4, bersebelahan Pejabat Pengarah Hospital.

SKOP PERKHIDMATAN

Polisi ini akan digunapakai oleh semua Ketua Jabatan / Ketua Unit Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.  Fungsi utama Unit Kualiti adalah:

  • Mengawasi perlaksanaan dan memantau semua aktiviti- aktiviti peningkatan kualiti.
  • Membantu atau membimbing penyelaras baru bagi memulakan program aktiviti kualiti.
  • Menjadi sumber rujukan dalam memberi maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti dalam hospital.
  • Sebagai sekateriat untuk pengumpulan laporan- laporan aktiviti di hospital.
  • Memastikan laporan-laporan yang dihantar mengikut tarikh yang telah ditetapkan serta membantu dalam penyediaan laporan atau maklumbalas tahunan yang berkaitan dengan kualiti seperti yang telah ditetapkan oleh JKNS/KKM.
  • Mengenalpasti dan menganalisa pencapaian semua aktiviti peningkatan kualiti melalui laporan “shortfall in quality (SIQ)” dan tindakan penambahbaikan yang telah diambil.
  • Bekerjasama dengan unit/wad untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dan masyarakat supaya keperluan serta kehendak pelanggan dipenuhi.

1

MS ISO 9001:2015

2

Akreditasi

3

Kajian Kepuasan Pelanggan

4

Hospital Performance Indicator Approach/Key Performance Indicator

5

Incident Reporting

6

Clinical Practice Guideline (CPG)

7

Credentialing & Privileging (C&P)

8

Baby Friendly & Husband Friendly

9

KIK

10

Kaunter Perkhidmatan Pelanggan

11

EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam)/5s

12

Patient Safety Goal

13

Martenal Mortality Rate (MMR)

14

Peri-Operative Mortality Review (POMR)

15

Peri-Natal Mortality Reviiew (PNMR)

16

QAP-Quality Assurance Programme /HSA-Hospital Spesific Approach

17

Inovasi

18

CRC-Clinical Research Centre

19

HACCP-Hazard Analysis And Critical Control Point

20

Piagam Pelanggan

21

Renal Registry

22

OSHA-Occupational Safety & Health

23

Cardiopulmonary Resuscitation (CPR)

24

Taman Terapeutik

25

Budaya Korporat

26

Aduan Awam

 

 

 

Agensi Kerajaan

Hubungi Kami

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No.187
88996 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-522600
Fax : 088-438512
Email : hwkks@moh.gov.my
Today109
Yesterday199
This week1784
This month5860
Total289414

2024-06-23
Image
Kemaskini terakhir :
20 May 2022
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PETA LAMAN
Penafian : Pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Hak Cipta Terpelihara @ 2018 HWKKS | sesuai di paparkan menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozila & Google Crome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu