Sejarah HWKKS
Sejarah Ringkas HWKKS
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) yang berkeluasan tapak 25.05 ekar ini wujud melalui pembelian sebuah hospital swasta Sabah Medical Center (SMC), iaitu dalam perjanjian jual beli pada 03 Mac 2003. HWKKS terletak 7.8km dari bandaraya Kota Kinabalu dan merupakan hospital bertaraf pakar di daerah Likas. Perkhidmatan Fasa 1 telah disempurnakan oleh Dato’ Dr. Zainul Bin Hamzah Pengarah Kesihatan Negeri Sabah pada 11 April 2005. Majlis penjenamaan Hospital Likas kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah telah diadakan pada 9 Ogos 2009.

HWKKS juga merangkumi Pusat Perubatan Nuklear yang pertama di negeri Sabah dan telah dirasmikan Oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah pada 22 Disember 2014.
Ciri-Ciri Istimewa Hospital
HWKKS merupakan sebuah hospital rujukan yang terdiri dari pelbagai bidang kepakaran. Antaranya termasuklah:
- Pakar Sakit Puan (Obstetrics & Gynaecology)
- Pakar Kanak-Kanak (Paediatrics)
- Pakar Pembedahan Kanak-Kanak (Paediatrics Surgery)
- Emergency
- Anesthesiology
- Radioterapi dan Onkologi
- Pusat Perubatan Nuklear pertama di Sabah
- Pusat Pemindahan Sum-Sum tulang pertama di Sabah
- Traditional and Complimentary Medicine Unit
- Haemodialysis
- Sekolah Dalam Hospital (Kerjasama antara KKM dan KPM)
- Smart OT (Dewan Bedah Pintar)
- Paediatric Oftalmologi
- Paediatric Orthopedic
- Paediatric ENT