Unit forensik

PENGENALAN

Unit Forensik Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah telah diwujudkan pada tahun 2004 di bawah jagaan Jabatan Kecemasan dan Trauma.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Menerima dan mendaftar semua kes kematian daripada wad atau unit lain dan disimpan dalam peti sejuk (jika perlu) sebelum dituntut oleh waris.
  • Membantu dan memastikan pendaftaran butiran jenazah ke dalam buku pendaftaran kematian dengan tepat dan lengkap
  • Mengenalpasti dan mengecam jenazah sebelum dituntut dan diserahkan kepada waris
  • Pengendalian dan pengurusan jenazah yang tidak dituntut atau tidak berwaris mengikut prosedur yang ditetapkan (sila rujuk SOP).
  • Menyelaraskan pengendalian dan pengurusan jenazah yang berisiko tinggi (biohazard).
  • Mengeluarkan slip Permit Mengubur MF13 dan Borang B (JPN) Daftar Kematian (Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sabah 1951 (CAP 123)). Untuk maklumat selanjutnya, boleh melayari website: http://www.jpn.gov.my/perkhidmatan/kematian-sabah
  • Memberi perkhidmatan pengasingan untuk penyimpanan jenazah yang beragama Islam daripada bukan Islam.
  • Memberikan kemudahan tempat untuk memandikan jenazah
  • Penyimpanan dan tuntutan jenazah di mortuari beroperasi secara 24 jam.

PIAGAM PELANGGAN

  • Semua waris akan dilayan secara profesional dengan jujur, mesra, hormat dan bertimbang rasa.
  • Semua waris akan dimaklumkan mengenai prosedur kerja yang telah ditetapkan.
  • Menerima dan mengurus jenazah mengikut agama, kepercayaan dan kebudayaannya.

NOTIS PENTING

  • Hospital tidak mengenakan bayaran bagi prosedur bedah siasat (kes akan rujuk ke Hospital Queen Elizabeth) dan penyimpanan jenazah di mortuari sebelum jenazah diserahkan kepada waris.
  • Hospital tidak menyediakan perkhidmatan pemeliharaan atau pembalseman jenazah.
  • Hospital juga tidak menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk jenazah.
  • Waris mempunyai hak untuk memilih mana-mana syarikat undertaker untuk menguruskan perkhidmatan pengebumian. Hospital ini tidak ada kaitan dengan mana-mana syarikat yang menyediakan perkhidmatan berikut.
Hakcipta Terpelihara @ 2025 - Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Microsoft Edge, Mozilla Firefox & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu