A- A A+

Jabatan Oftalmologi

PENGENALAN

Perkhidmatan klinik mata di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah,  telah dimulakan secara rasmi pada bulan Julai 2013. Sebelum ini semua Perkhidmatan Pediatrik Oftalmologi seperti Perkhidmatan Pesakit Luar Klinik, rawatan susulan serta pembedahan dijalankan di Hospital Queen Elizabeth.
Perkhidmatan Oftalmologi yang di sediakan di Hospital Wanita Dan kanak-Kanak Sabah, merupakan perkhidmatan kepakaran mata yang merawat pesakit-pesakit yang berumur 12 tahun dan kebawa sahaja.

Jabatan Oftalmologi Hospital Wanita Dan kanak-kanak Sabah,  menyediakan  Perkhidmatan ”General Oftalmologi” serta Perkhidmatan Rawatan Subspecialiti.
Klinik Mata ini juga merupakan pusat rujukan pesakit mata kanak-kanak daripada semua hospital daerah di Negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan juga dari Limbang dan Lawas, Sarawak.

Dengan wujudnya perkhidmatan Pediatrik Oftalmologi bagi Negeri Sabah ini, maka adalah di harapkan agar ianya dapat membantu untuk mengesan, merawat dan seterusnya mengambil langkah-langkah pemulihan dan pencegahan agar dapat meningkatkan taraf kesihatan pengelihatan dikalangan kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah, khasnya bagi Negeri Sabah sejajar dengan Objektif Jabatan Pediatrik Oftalmologi, Hospital Wanita Dan Kanak-kanak Sabah.

 

  1. PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN       

        1.1. Menyediakan Perkhidmatan Rawatan Pediatrik Oftalmologi:-

  • Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar.
  • Perkhidmatan Rawatan Pesakit Dalam.   

        1.2. Perkhidmatan Pembedahan Oftalmik Am:-

  • Pembedahan Elektif Major
  • Pembedahan Elektif Minor
  • Pembedahan Kecemasan    

        1.3. Menyediakan Perkhidmatan Subspecialiti:-

  • Saringan / Pemeriksaan ROP
  • Rawatan Laser
  • Rawatan Retinoblastoma ( Ocular Tumor )
  • Rawatan Strabismus / Squint
  • Rawatan Oculoplasty         

        1.4. Menyediakan Perkhidmatan Optometri:-

  • Pengukuran Kuasa Refraksi Mata
  • Ujian Perimetri untuk medan penglihatan
  • Pemeriksaan Biometri sebelum pembedahan Katarak
  • Menjalankan Ujian Otoptik
  • Menjalankan Ujian Klinikal bagi kes Low Vision
  • Menjalankan Ujian Klinikalpesakit Kanta Sentuh

 

 

 

 

Agensi Kerajaan

Hubungi Kami

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No.187
88996 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-522600
Fax : 088-438512
Email : hwkks@moh.gov.my
Today114
Yesterday199
This week1789
This month5865
Total289419

2024-06-23
Image
Kemaskini terakhir :
20 May 2022
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PETA LAMAN
Penafian : Pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Hak Cipta Terpelihara @ 2018 HWKKS | sesuai di paparkan menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozila & Google Crome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu