A- A A+

Jabatan Radiologi

Jabatan Radiologi menyediakan pelbagai perkhidmatan radiologi termasuk Radiografi Am, imbasan CT, Imbasan MRI, imbasan Ultrasound, Mammografi, Fluoroskopi, Imbasan Tulang (DEXA), Imbasan xray di Dewan Bedah (Image Intensifier) dan Mudah gerak (Mobile Xray). Jabatan ini memberikan perkhidmatan untuk pesakit dalam dan luar dengan jumlah pemeriksaan sebanyak lebih kurang 38,000 setahun. Jabatan ini terletak di aras 1 bangunan hospital utama bersebelahan dengan Klinik Pakar Pediatrik dan terdiri daripada 3 bahagian berasingan:

  1. Jabatan Utama terletak di antara Klinik Pakar Pediatrik dan Unit Hasil
  2. Jabatan Radiologi 2 terletak bersebelahan dengan klinik pakar O&G
  3. Unit MRI berada di bangunan baru PPNR aras 1.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  1. Pemeriksaan Radiografi Am
  2. Pemeriksaan Bone Densitometer
  3. Pemeriksaan Mammografi
  4. Pemeriksaan Radiografi Mudah gerak
  5. Pemeriksaan MRI
  6. Pemeriksaan CT
  7. Pemeriksaan Radiografi Dental
  8. Pemeriksaan Radiografi Dewan Bedah (Image Intensifier, II)
  9. Perkhidmatan Temujanji pesakit

PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  2. Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kehormatannya terpelihara semasa menjalani pemeriksaan x-ray.
  3. Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur pemeriksaan x-ray termasuk risikonya.
  4. Setiap pelanggan yang memerlukan temujanji akan diberi tarikh temujanji dan penerangan tentang persediaan sebelum pemeriksaan x-ray.
  5. Tempoh masa untuk menjalani pemeriksaan x-ray biasa adalah lebih kurang 30 minit.

Agensi Kerajaan

Hubungi Kami

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No.187
88996 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-522600
Fax : 088-438512
Email : hwkks@moh.gov.my
Today91
Yesterday199
This week1766
This month5842
Total289396

2024-06-23
Image
Kemaskini terakhir :
20 May 2022
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PETA LAMAN
Penafian : Pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Hak Cipta Terpelihara @ 2018 HWKKS | sesuai di paparkan menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozila & Google Crome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu