A- A A+

Unit Pemulihan Cara Kerja

PENGENALAN

Unit Pemulihan Carakerja Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) telah mula ditubuhkan pada 16 Ogos 2006, oleh seorang Jurupulih Perubatan Carakerja U29 yang mula melapor diri dan bertugas sebagai Jurupulih Perubatan Carakerja di HWKKS.

Pada awal penubuhannya, Unit Pemulihan Carakerja ditempatkan di bawah satu jabatan bersama Unit Fisioterapi, iaitu Jabatan Rehabilitasi. Tetapi pada Tahun 2013, Unit Pemulihan Carakerja telah berpindah keluar dari Jabatan Rehabilitasi dan ditempatkan di Aras 1 bangunan lama, bersebelahan dengan Unit Psikologi dan Kaunseling.

Unit Pemulihan Carakerja yang sedia ada pada hari ini mempunyai seramai 11 orang tenaga kerja yang terdiri daripada 2 orang Pegawai Pemulihan Carakerja, 8 orang Jurupulih Perubatan Carakerja dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK).

Wujudnya Unit Pemulihan Carakerja di hospital ini adalah sejajar dengan wawasan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat, di mana Unit ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk mencapai wawasan tersebut. Ini adalah kerana ia memberi kemudahan kepada pelanggan yang memerlukan rawatan Pemulihan Carakerja dalam bidang Pediatrik dan Ginekologi, lebih-lebih lagi HWKKS adalah sebuah hospital khas untuk memberi rawatan kepada ibu dan juga anak.

PERKHIDMATAN PIAGAM PELANGGAN

  1. Semua pelanggan akan dilayan dengan mesra, baik, bertimbang rasa, hormat, bersopan-santun dan ikhlas.
  2. Kerahsiaan pelanggan akan dijaga.
  3. Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya terpelihara semasa menjalani pemeriksaan dan rawatan.
  4. Pelanggan akan didaftar, diberitahu tentang pembayaran dan tempat menunggu. (Dalam 15 minit)
  5. Pelanggan akan dinilai, dirawat dan diberitahu tentang kontra-indikasi rawatan semasa menjalani rawatan (Dalam masa 90 minit)
  6. Di akhir rawatan, pelanggan akan diberitahu (Dalam masa 15 minit)
    1. Temujanji akan datang mengikut jadual rawatan
    2. Maklumat pembayaran dan/atau pengecualian pembayaran
  7. Laporan bertulis kepada doktor akan disediakan jika perlu (Dalam 1 minggu)
  8. Untuk pesakit dalam yang dirujuk, mereka akan dilayan dalam masa 24 jam.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Penilaian perkembangan kanak-kanak (Motor, Cognitive, Social, Behaviour, Reflex)
  • Penilaian keperluan dan latihan penggunaan kerusi roda bagi kanak-kanak cerebral palsy dan paraplegia
  • Penilaian keperluan alat-alat bantuan dan adaptasi peralatan aktiviti kehidupan harian. (Assistive Devices Technology for Activities of Daily Living)

Bayi Dan Kanak-Kanak

  • Rangsangan Sensori Awal (Early Sensory Stimulation)
  • Terapi Integrasi Sensori (Sensory Integration Therapy)
  • Latihan ‘Cognitive-Visual Perception and Motor’
  • Latihan kefungsian anggota atas dan bawah (Upper/ Lower Limbs & Hands Functioning)
  • Rawatan splinting
  • Latihan kefungsian akademik (Functioning academic training)
  • Modifikasi tingkahlaku ( Behavior Modification)
  • Latihan Aktiviti kehidupan seharian ( Activity of Daily Living)
  • Pendidikan kepada penjaga (Carer education)
  • Terapi permainan (Play Therapy) dan “Therapeutic Play”

Wanita

  • Terapi Relaksasi
  • Rawatan splinting
  • Alat bantuan dan adaptasi peralatan
  • Aktiviti kehidupan seharian (Activities of Daily Living)
  • Rawatan tensogrip/ lastogrip ( TED Stocking)
  • Teknik penjagaan sendi dan penjimatan tenaga ( Joint Protection Technique )
  • Rawatan pakaian tekanan ( Pressure Garment )
  • Penilaian serta lawatan ke rumah dan tempat kerja ( Home Visit & Work Visit )

 


 

Agensi Kerajaan

Hubungi Kami

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No.187
88996 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-522600
Fax : 088-438512
Email : hwkks@moh.gov.my
Today215
Yesterday293
This week1748
This month4646
Total386309

2025-03-15
Image
Kemaskini terakhir:
13 Mac 2025
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PETA LAMAN
Penafian : Pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Hak Cipta Terpelihara @ 2018 HWKKS | sesuai di paparkan menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozila & Google Crome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu