Objektif

  1. Mengenalpasti kebolehan individu dan masalah berkaitan dengan aktiviti, kehidupan seharian dan persekitarannya.
  2. Merancang objektif rawatan jangka masa pendek dan panjang.
  3. Memastikan perancangan rawatan adalah berkaitan dengan tahap perkembangan, gaya hidup, kehidupan seharian dan persekitaran seseorang.
  4. Memudahkan pencapaian aktiviti seharian dengan mengubahsuai persekitaran tempat bekerja, tempat tinggal dan bersosial. Ini merangkumi pengajaran teknik-teknik baru dan alat-alat bantuan kepada pesakit untuk menggalakkan keberdikarian dalam penjagaan diri,bagi mengurangkan tekanan.
  5. Menggalakkan kerjasama dan koordinasi dalam kalangan keluarga, penjaga, sukarelawan dan kakitangan professional dalam merealisasikan pendekatan secara menyeluruh.
  6. Mengendalikan penjagaan kesihatan berterusan.
  7. Menerap nilai-nilai murni, maruah dan hak asasi manusia sebagai profesion yang penyayang.
  8. Untuk maju dan proaktif, menanam semangat sensitif, bersikap analitik kepada perubahan/pengaruh luar, peka dengan perubahan yang membina, memudahkan penyesuaian diri dan terus mengekalkan amalan yang sesuai dengan peredaran masa.
  9. Penggunaan teknologi moden yang canggih dalam memajukan profession Pemulihan Carakerja.
  10. Pesakit dan penjaga diberi peluang dalam membuat keputusan dengan bantuan khidmat nasihat oleh professional.
  11. Memelihara hubungan baik dengan lain-lain disiplin profession penjagaan kesihatan untuk memberi manfaat kepada pelanggan.
  12. Memudahkan Jurupulih Carakerja memperolehi pembelajaran yang tinggi dan seterusnya latihan tertentu yang akan membantu dalam perkhidmatan yang cemerlang.
  13. Memelihara kecemerlangan professional.
Hakcipta Terpelihara @ 2025 - Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Microsoft Edge, Mozilla Firefox & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu