A- A A+

Jabatan Farmasi

PENGENALAN

FARMASI PESAKIT LUAR

Farmasi KlinikPakar (FKP) terbahagikepadaduaiaitu

  1. Farmasi Klinik Pakar HWKKS yang terletak di Lobi Utama Hospital Wanita dan Kanak-Kanak. 4 kaunter disediakan untuk menyalurkan perkhidmatan pembekalan ubat. Anggota terdiri dari Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Farmasi dan Pembantu Perawatan Kesihatan dan beroperasi 24 jam.
  2. Farmasi Klinik Pakar PPNR yang terletak di Aras 1 Pusat Perubatan Nuklear dan Radioterapi. Mempunyai 3 kaunter perkhidmatan yang dikendalikan oleh Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi. Perkhidmatan kaunter bermula dari jam 7.30pagi sehingga jam 5.00 petang hanya pada hari bekerja.

FUNGSI

Peranan utama Farmasi Klinik Pakar adalah untuk memastikan pesakit mendapat bekalan ubat-ubatan berlabel yang berkualiti ,berkesan dan selamat, di samping memberi penerangan yang lengkap dan jelas mengenai ubat-ubatan yang dibekalkan. BerdasarkanKey Performace Indicator (KPI) yang diperkenalkan beberapa tahun lepas, setiap pesakit akan diberi perkhidmatan dalam masa 30minit. Perkhidmatan kaunseling tentang penggunaan ubat-ubatan dengan cara yang betul kepada pesakit juga diberikan kepada pesakit yang memerlukan di bilik kaunseling.

Perkhidmatan Tambah Nilai yang diperkenalkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi yang bertujuan untuk mengurangkan jumlah pesakit di kaunter farmasi dan seterusnya mengurangkan masa menunggu pesakit di farmasi telah menawarkan 3 servis utama iaitu Sistem Pendispensan Ubat-Ubatan Bersepadu (SPUB), SMS dan Ambil dan Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP1M).

SPUB ialah satu sistem membekalkan ubat-ubatan melalui preskripsi SPUB di mana pesakit boleh mendapatkan bekalan susulan ubat-ubatan dari fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tersenarai dalam Direktori SPUB melalui sistem rujukan yang seragam.

Perkhidmatan SMS &Ambil turut disediakan sejak tahun 2008. Dengan adanya perkhidmatan ini, pesakit tidak perlu beratur dan menunggu lama di farmasi untuk mengambil ubat.Pesakithanya perlu menghantar SMS lengkap dengan butir maklumat pesakit dan hari untuk mengambil ubat.

Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia adalah perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus kelokasi pilihan pesakit dengan menggunakan syarikat kurier dengan caj kiriman yang telah ditetapkan.

Agensi Kerajaan

Hubungi Kami

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No.187
88996 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-522600
Fax : 088-438512
Email : hwkks@moh.gov.my
Today91
Yesterday286
This week377
This month6104
Total280778

2024-05-21
Image
Kemaskini terakhir :
20 May 2022
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PETA LAMAN
Penafian : Pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Hak Cipta Terpelihara @ 2018 HWKKS | sesuai di paparkan menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozila & Google Crome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu