Skop Perkhidmatan Unit Psikologi Kaunseling Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Skop Perkhidmatan
- Berdasarkan Kod Etika Kaunselor (Lembaga Kaunselor) menyatakan perkhidmatan kaunseling adalah perkhidmatan yang diberikan kepada klien untuk memberi klien peluang dalam membina kehidupan yang lebih baik dan bermakna yang merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan kaunseling berbeza mengikut matlamat klien.
- Skop perkhidmatan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan, analisis masalah dan penyelesaian masalah, membuat keputusan, menangani krisis, mengembangkan kefahaman kendiri, memperkukuh kekuatan emosi, meningkatkan hubungan serta menggalakkan interaksi antara individu lain.
- Kaunselor berperanan sebagai fasilitator kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati maruah diri, nilai dan kemampuannya.
- Perkhidmatan yang ditawarkan Unit Psikologi Kaunseling Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) merangkumi aspek pembangunan diri, pencegahan dan rawatan, intervensi serta pemulihan/rehabilitasi psikososial untuk pelanggan dan anggota HWKKS.
- Mengendalikan sesi kaunseling individu, kelompok dan keluarga.
- Menjalankan kursus/program untuk anggota dan keluarga anggota HWKKS.
- Menjalankan ujian/inventori psikologi kepada klien dan anggota HWKKS mengikut keperluan.
- Mengendalikan sesi kaunseling yang berkaitan dengan pembangunan, trauma, psiko-sosial, sahsiah diri, keluarga dan perkahwinan, seksual, persaraan, organisasi, kerjaya, tatatertib, peningkatan kemahiran, pegawai bermasalah, kepimpinan dan transisi penyesuaian diri/ perubahan.
- Mengendalikan sesi kaunseling yang melibatkan kes-kes OSCC (One Stop Crisis Center) iaitu penderaan dan penganiayaan fizikal, mental dan seksual, kes ibu tanpa nikah dan keganasan rumahtangga.
- Memberikan perkhidmatan kaunseling kepada pesakit-pesakit “terminal ill”, pesakit-pesakit yang “noncompliant treatment”, penderma dan keluarga penderma organ.
- Khidmat memberikan ceramah.
1. Isu Kekeluargaan
- Rujukan :