Objektif
OBJEKTIF UTAMA
- Memantau ,menjaga dan mengawal tahap kualiti kerja Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang bertugas di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah.
- Membantu Penolong Pegawai Perubatan dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran klinikal dengan menyertai kursus singkat atau panjang dalam bidang masing-masing.
- Memberi informasi terkini kepada semua Penolong Pegawai Perubatan tentang maklumat hal ehwal perkembangan kerjaya.
- Mendaftar ahli baru AMAS (semua PPP yang baru dilantik khasnya).
- Membantu dan memudahkan unit-unit lain yang berurusan dengan PPP.
- Mengagihkan penempatan anggota PPP mengikut keperluan perkhidmatan.
- Membantu meninjau latihan/kursus yang bakal diikuti oleh PPP.
- Melibatkan anggota PPP dalam aktiviti CNE/CME dan semak pencapaian MyCPD.
- Mengurus ARC (Annual Renewal Certificate) melalui BLESS.
- Mengurus Privileging dan Credentialing Unit PPP.
- Melaksanakan aktiviti Penyeliaan dan Pemantauan PPP.
- Menyelaras Mesyuarat PPP.
- Menyediakan ABM Unit PPP (Permohonan Jawatan Baru).
- Melaksanakan Audit Klinikal di Jabatan/Unit yang terpilih.
- Menyelaras Audit Profesional di kalangan PPP.
OBJEKTIF UMUM
Bertekad meningkatkan usaha-usaha bagi membantu pihak penyeliaan dan pengurusan hospital untuk melaksanakan aktiviti-aktivitinya dan bekerjasama dengan unit lain bagi merealisasikan objektif jabatan.
- PEMANDU
Pemandu di HWKKS terdiri daripada dua kumpulan iaitu:
- Kumpulan pemandu Jabtan Kecemasan dan Trauma yang bertugas dalam membawa kenderaan ambulans samada untuk kegunaan menghantar pesakit kecemasan ke hospital rujukan ataupun panggilan kecemasan.
- Medical standby
- “Hot Spot” (standby)
- Pagi :7.30 pagi-10.00 di BBPM Kolombong
- Petang: 4 petang-6 petang di Jalan Sulaiman Sepanggar