Unit keselamatan pekerjaan(OSHA)
PENGENALAN
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah ditubuhkan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah pada tahun 2012. Unit ini ditempatkan di Jabatan Kejuruteraan bersebelahan dengan bangunan utama PPNR. Pada ketika ini, Unit OSH dianggotai dengan seorang Pegawai Perubatan UD48, dua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29, dua Jururawat Staf U29 dan seorang Pembantu Kesihatan Awam U19.
Unit OSH berperanan dalam memimpin perkhidmatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di hospital melalui ruang lingkup kerja dan tanggungjawab sesuai dengan Skop Pekeliling, Fungsi dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Hospital Kerajaan, Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan pada 2008. Sehingga kini semua aktiviti Unit OSH dilindungi di bawah pekeliling ini. Sejajar dengan perkembangan semasa, terdapat peningkatan jumlah anggota dalam unit ini. Pada tahun 2016, Pembantu Kesihatan Awam U19 ditempatkan untuk menampung beban kerja yang semakin meningkat dan persekitaran yang semakin mencabar.
Pada tahun 2017, seorang Pegawai Perubatan ditempatkan di unit ini untuk menjadi pemimpin sejajar dengan arahan Kementerian Kesihatan, No. Rujukan: KKM.600-37 / 1/3 (2).