A- A A+

Unit Laktasi

PENGENALAN
Unit Laktasi mula beroperasi di Hospital Wanita Dan Kanak-kanak Sabah sejak Mac 2005, namun ianya telah berfungsi seawal tahun 1993 semasa Jabatan Obstetrik, Ginekologi dan Jabatan pediatrik masih beroperasi di Hospital Queen Elizabeth. Unit Laktasi telah menjalankan banyak aktiviti bagi mempromosi, melindungi dan menyokong penyusuan susu ibu. Unit Laktasi terdiri dari 3 orang Jururawat laktasi dan dibantu oleh 51 jururawat ‘link nurse’ yang di tempatkan di wad Pediatrik dan Ginekologi bagi membantu ibu-ibu di dalam wad dan menjalankan latihan pengurusan laktasi untuk anggota Hospital Wanita dan Kanak-kanak sabah. Usaha bersama dijalankan dengan bantuan semua jururawat dan anggota hospital ini.

Garis panduan untuk melindungi, mempromosi dan menyokong Penyusua Susu Ibu di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan di Jabatan Pediatrik telah diwujudkan. Unit ini juga telah menghasilkan risalah penyusuan susu ibu dan diberi kepada ibu-ibu secara percuma sebagai panduan dan dapat menambah pengetahuan mereka tentang pengurusan laktasi. Buku Polisi Penyusuan Susu Ibu Hospital Wanita Dan kanak-kanak sabah telah dihasilkan dan di tambahbaikkan pada tahun 2010. Buku Modul baru 20 jam Pengurusan Laktasi diguna untuk rujukan peserta kursus 20 jam dan Ulangan Pengurusan Laktasi. Pada tahun 2019 Flash Card Penyusuan Susu Ibu telah dihasilkan untuk di akses melalui intranet oleh semua anggota HWKKS.

PERKHIDMATAN:

  1. Memberi Pendidikan berkaitan penyusuan susu ibu:
  • Ibu Hamil
  • Ibu selepas besalin
  1. Kaunseling berkaitan masalah-masalah penyusuan susu ibu (yang tidak boleh dikendalikan oleh link nurse wad)
  2. Menerima rujukan ibu-ibu yang mengambil anak angkat yang memerlukan pengetahuan khas dalam pengurusan Penyusuan Susu Ibu( Cetusan Penyusuan Susu Ibu /Induce Lactation)
  3. Melaksanakan Kursus Pengurusan Laktasi kepada kakitangan Klinikal /Bukan Klinikal /Pegawai Siswazah (kakitangan Dalaman /Hospital Kerajaan/Swasta)
  4. Mempromosikan Penyususan Susu Ibu:
  • Menjalankan program-progaram mempromosikan penyususan susu ibu
  • Mengadakan Sambutan Minggu Penyususan Susu Ibu Sedunia (Peringkat Hospital)
  • Bekerjasama dengan JKNS /AKSSI Negeri dalam sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia.
  • Menyediakan pamphlet berkaitan dengan Penyusuan Susu Ibu
  1. Mengumpul data dan Menganalisis data berkaitan aktiviti Sokongan Penyusuan Susu Ibu.
  2. Pusat Rujukan Hospital daerah berkaitan dengan Amalan Penyususan Susu Ibu




 

Agensi Kerajaan

Hubungi Kami

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No.187
88996 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-522600
Fax : 088-438512
Email : hwkks@moh.gov.my
Today90
Yesterday391
This week1964
This month3661
Total294847

2024-07-13
Image
Kemaskini terakhir :
20 May 2022
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PETA LAMAN
Penafian : Pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Hak Cipta Terpelihara @ 2018 HWKKS | sesuai di paparkan menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozila & Google Crome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu