A- A A+

Unit Latihan & Kompetensi

PENGENALAN

Unit Latihan pada satu ketika ditadbir di bawah Unit Pentadbiran Bahagian Pengurusan sehinggalahpada 30 Oktober 2013, Unit Latihan menerima arahan untuk berpindah lokasi dari Aras 4 bangunan Hospital Wanita Dan Kanak-kanak Sabah ke bangunan baru iaitu di  Aras  7, Pusat Perubatan Nuklear dan Radioterapi bersebelahan bangunan Hospital Wanita Dan Kanak-kanak Sabah disebabkan oleh kesesakan ruang akibat peningkatan jumlah kakitangan dan bagi memudahkan penyelarasan dan pelaksanaan latihan serta pengurusan kemudahan dewan PGMC. Unit Latihan mula beroperasi sepenuhnya di bangunan barumulai Januari 2014 hingga sekarang. Unit Latihan ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir N29 dibantu oleh tiga orang Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17 dan Pembantu Operasi H11 dan diselia oleh Penolong Pengarah Kanan (Pengurusan) dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan Pengarah hospital.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Mengenalpasti, merancang dan menyediakan program latihan tahunan (takwim kursus generik) bagi semua kakitangan HWKKS
  • Mengurus dan menyelaras kursus dalam yang dirancang
  • Menyelengara rekod latihan pegawai dan kakitangan HWKKS
  • Menyelaras penempatan program latihan seperti pelajar Kolej Jururawat Sains Kesihatan Bersekutu, pelajar perubatan dari UMS, pelajar dari pelbagai program latihan IPTA & IPTS yang mempunyai memorandum persefahaman/perjanjian (MOU/MOA) dengan KKM.
  • Menyelaras aktiviti CME, CNE& CPDhospita
  • Melaksanakan Program Orientasi Peringkat Hospital bagi anggota baharu dan pegawai pertukaran yang ditempatkan di HWKKS
  • Menguruskan dokumentasi bagi urusan permohonan cuti belajar bagi Pengajian Jarak Jauh/Peningkatan Secara Lantikan (JM ke JRT)/  Hadiah Latihan Persekutuan/ Permohonan dan tawaran Pos Basik serta Program Transformasi Minda (Permohonan, tawaran & pengecualian bagi tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan).
  • Mencetak sijil penyertaan & sijil penghargaan (peserta & penceramah) kursus yang dianjurkan
  • Bertanggungjawab kepada permohonan dan stok Sijil Penghargaan & Sijil Penyertaan untuk kegunaan penganjur kursus.
  • Menyelaras tempahan bilik seminar & bilik mesyuarat di HWKKS dan bangunan PPNR.
  • Menghebahkan dan mengurus tawaran-tawaran kursus anjuran KKM, INTAN , agensi kerajaan dan swasta.
  • Menyelenggara laporan keberkesanan kursus.

 

 

 

Agensi Kerajaan

Hubungi Kami

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No.187
88996 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-522600
Fax : 088-438512
Email : hwkks@moh.gov.my
Today110
Yesterday391
This week1984
This month3681
Total294867

2024-07-13
Image
Kemaskini terakhir :
20 May 2022
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PETA LAMAN
Penafian : Pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Hak Cipta Terpelihara @ 2018 HWKKS | sesuai di paparkan menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozila & Google Crome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu