A- A A+

Jabatan Pembedahan Pediatrik

PENGENALAN

Jabatan Pembedahan Pediatrik bermula sejak February 1992 di Hospital Queen Elizabeth diterajui oleh (Pakar) Mr. Shunmugam Rajah untuk rawatan pembedahan kanak-kanak di peringkat usia baru lahir sehingga 12 tahun. Pada tahun 2005, Jabatan ini telah dipindahkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) yang mana ketika itu dikenali sebagai Hospital Likas.

Jabatan ini terletak di Bangunan HWKKS Aras 6 (Wad Melur 3) dengan 42 Katil (8 Katil untuk melecur/terbakar) untuk menampung semua pembedahan major dan minor, elektif, kecemasan dan melecur (burns). Pada bulan Mac 2015, kes kebakaran atau melecur diambil alih daripada Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif


Info tambahan:
  • Pada masa ini, terdapat tiga orang pakar bedah (1 Senior Consultant, 2 Pakar) dan enam orang Pegawai Perubatan (MO).
  • Currently, there are 3 Pediatric Surgeons (1 senior consultant, 2 specialist) in the department with 6 Medical Officers.
  • Klinik Pembedahan Kanak-Kanak terdapat di Aras 1 Bangunan HWKKS beroperasi dari Isnin - Khamis.
  • Pembedahan Minor (Rabu), Pembedahan Major (Selasa dan Khamis), Pembedahan Kecemasan (Setiap hari bergantung kepada Kes)

Perkhidmatan yang disediakan:

  • Memberi perkhidmatan terhadap semua kanak-kanak dengan masalah berkaitan pembedahan
  • Semua rujukan pesakit baru dirujuk kepada Pakar Bedah / Penyedia Penjagaan Kesihatan
  • Menyediakan perawatan optima sebelum dan selepas pembedahan
  • Melakukan pembedahan minor dan major
  • Melakukan prosedur minor di wad (Cth: Rectal Biopsy, Wound care)
  • Pengurusan kes kebakaran / melecur termasuklah (dressing & timely follow up)
  • Memastikan temujanji berjalan dengan lancar untuk perawatan berterusan

PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  2. Selepas tiba di wad, setiap pesakit dan keluarga akan diberi maklumat sewajarnya mengenai peraturan kemasukan ke wad.
  3. Setiap pesakit akan ditempatkandi katil dalam tempoh 5 minit.
  4. Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam masa 45 minit.
  5. Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai pesakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.
  6. Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang di cadangkan termasuk risiko dan pilihan yang baik.
  7. Semasa discaj, setiap pelanggan akan diberitahu 18 jam lebih awal mengenai tarikh dan masa discaj dari wad.
  8. Setiap pelanggan akan diberikan; a) Kad tarikh temujanji b) Ringkasa discaj c) Surat rujukan d) Kepingan caj hospital e) Pendidikan kesihatan.

AKTIVITI

  1. Mesyuarat:
  • Department
  • Peri-operative mortality meeting
  • Interdepartment meeting (pathology conference, radiology conference)
    2. Continuous Medical Education (CME). -Hospital level
  • National level
  • International level
    3. Visiting specialist to other hospital;
  • Hospital Labuan
  • Hospital Lahad Datu
  • Hospital Tawau
  • Hospital Sandakan
  • Hospital Kudat
  • Hospital Ranau
  • Hospital Keningau
  • Hospital Beaufort
    4. Organize state level conference.
  • Pediatric Burn & Taruma Update
  • Esophageal Atresia Workshop
  • Paediatric Tumour Update
    5. Safe Surgery For Children: Statewide Awareness Campaign to other hospital 
        (Lahad Datu,Sandakan,Tawau, Ranau, Kota Belud, Beaufort, Sipitang, 
        Semporna, Kudat,Keningau, Labuan)

    6. Pediatric Surgery Family Day “Children, parents and staff get together”





Agensi Kerajaan

Hubungi Kami

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No.187
88996 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-522600
Fax : 088-438512
Email : hwkks@moh.gov.my
Today50
Yesterday286
This week336
This month6063
Total280737

2024-05-21
Image
Kemaskini terakhir :
20 May 2022
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PETA LAMAN
Penafian : Pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Hak Cipta Terpelihara @ 2018 HWKKS | sesuai di paparkan menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozila & Google Crome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu