Unit TCM
PENGENALAN
Pada tahun 2001, Kementarian Kesihatan Malaysia(KKM) telah melancarkan Dasar PT&K Kebangsaan. Perancangan Dasar Kebangsaan National Cancer Control Blueprint 2008-2015 di antaranya adalah untuk menyediakan perkhidmatan PT&K di hospital kerajaan yang menawarkan rawatan kanser. Terbaru, Traditional & Complementary Medicine (T&CM) Blueprint 2018-2027 (Healtcare) telah dilancarkan pada 13 Mac 2018 bertujuan menetapkan pelan pembangunan PT&K di Malaysia agar perancangan pembangunan industri PT&K dapat dilaksanakan secara menyeluruh serta memperkukuhkan sistem penjagaan kesihatan di Malaysia.
Unit PT&K Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah telah ditubuhkan pada 6 Disember 2013 dan mulai beroperasi sepenuhnya pada 2 Januari 2014.Unit ini menawarkan tiga perkhidmatan iaitu Terapi herba, urutan tradisional dan akupunktur.
Perkhidmatan Yang Disediakan
TERAPI HERBA
Perkhidmatan terapi herba yang disediakan di Unit PT&K berdasarakan amalan perubatan Tradisional Cina dimana ianya diberi kepada pesakit kanser sebagai rawatan sokongan/sampingan untuk rawatan kanser konvesional(iaitu pembedahan,radioterapi dan kemoterapi).Tujuan terapi herba adalah untuk:
*Meningkatkan kualiti hidup pesakit.
*Mengurangkan atau melegakan kesan sampingan akibat daripada rawatan kanser konvensional(loya,keletihan,hilang selera makan, insomnia, sembelit dan lain-lain)
Pesakit akan diperiksa terdahulu oleh pengamal dan campuran ubat herba yang telah ditentukan akan disediakan dalam bentuk granul yang dibungkus dalam uncang untuk diberi kepada pesakit.
URUTAN TRADISIONAL
Urutan tradisional bertujuan melegakan rasa sakit, mengurangkan ketegangan otot serta melancarkan peredaran darah.
Indikasi untuk rawatan urutan tradisional di unit PT&K HWKKS:
*Kesakitan Kronik (Chronic pain)
*Pasca angin ahmar ( post stroke)
AKUPUNKTUR
Akupunktur merupakan salah satu jenis amalan Perubatan Tradisional Cina dimana jarum-jarum halus ditusuk pada titik-titik spesifik di badan untuk melegakan kesakitan atau untuk tujuan teraputik. Terapi ini kadang kala dijalankan dengan stimulasi herba/elektrik atau penggunaan bekam kering (“dry cupping”) mengikut keperluan.
Indikasi untuk rawatan akupunktur di unit PT&K HWKKS:
*Kesakitan kronik (Chronic pain)
*Pasca angin ahmar (post stroke)
*Loya dan muntah yang disebabkan oleh rawatan kemoterapi (Chemotherapy induced nausea and vomiting)
*Unit PT&K bertujuan memberi rawatan komplementari kepada rawatan konvensional/ moden. Ianya tidak mengambilalih rawatan konvensional atau sebagai rawatan alternatif. Contohnya, pesakit pasca angin ahmar diberi rawatan urutan tradisional di samping rawatan rehabilisasi.
PROSEDUR PENGURUSAN PESAKIT DI UNIT PT&K HWKKS
- Pesakit dirujuk(surat rujukan) oleh pakar atau pegawai perubatan yang berdaftar dibawah Majlis Perubatan Malaysia(Malaysian Medical Council)dan dialamatkan kepada Ketua Unit PT&K.
- Maklumat yang diperlukan:
laporan pengimbasan radiologi.
- Rawatan/ regimens ubat-ubatan terbaru termasuk ubat pencair darah.
- Setiap pesakit akan diperiksa terdahulu oleh pegawai perubatan Unit PT&K sebelum menerima rawatan yang ditentukan.Para pesakit adalah tidak dibenarkan berurusan terus dengan para pengamal