Jabatan Pediatrik
PENGENALAN
Jabatan Pediatrik menyediakan perkhidmatan kepada penduduk di sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan kawasan berhampiran dan juga menjadi pusat rujukan kepada hospital daerah di seluruh Negeri Sabah termasuk Hospital Wilayah Perseketuan Labuan dan Hospital Lawas, Sarawak.
Komponen dalam JabatanPediatrik termasuk Unit RawatanTalasaemia, Klinik Hemato dan onkologi, Klinik Pakar Pediatrik, Unit Retrival Pediatrik dan Neonatdan wad-wad seperti berikut.
1. NICU
· Level 1 care: 58 Katil
· Level 2 care: 24 Katil
· Level 3 care: 14 Katil
2. PICU: 12 Katil
3. Wad Melur 1: 50 Katil
4. Wad Melur 2: 54 Katil
5. Wad 4A (PediatrikOnkologi): 28 Katil
6. Wad 4B (PediatrikHematologi): 28 Katil
7. Bone Marrow Transplant: 3 Katil
JumlahKeseluruhanKatil: 271
SKOP PERKHIDMATAN
1) Menyediakan perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada kanak-kanak dari lahir sehingga umur 18 tahun. Perkhidmatan tersebut merangkumi
a. Perkhidmatan pesakit dalam
b. Klinik Pakar Kanak-Kanak
c. Perkhidmatan perubatan untuk kanak- kanak dipanjangkan keperingkat
Komuniti.
d. Immunisasi untuk kes-kes cicir
2) Memberi latihan kepada pegawai perubatan, jururawat dan paramedic dalam perawatan pediatric dan sub kepakaran.
3) Bertindak sebagai advokasi bagi isu-isu yang berkaitan dengan kanak-kanak dan Kesihatan remaja.
4) Menjalankan aktiviti kualiti yang berterusan, sistem kesihatan dan penyelidikan klinikal.
PERKHIDMATAN SUB KEPAKARAN
Perkhidmatan Sub kepakaran yang disediakan oleh Jabatan Pediatrik Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah adalah:-
- Neurologi
- Onkologi / Hematologi
- PenyakitBerjangkit
- Kardiologi
- Endocrine
- RawatanRapiPediatrik
- Neonatologi
- Nefrologi