PENGENALAN
Unit Kejuruteraan dan Operasi Hospital Semporna merupakan Unit Sokongan Bukan Klinikal yang terletak di Blok C iaitu bangunan Unit Aset dan Kejuruteraan serta di anggotai oleh seorang Penolong Jurutera Operasi.
MISI
Sentiasa berusaha untuk memastikan penswastaan khidmat sokongan hospital yang diberi oleh syarikat konsesi memberi manfaat yang sepenuhnya kepada institusi kesihatan khususnya dan dapat membantu menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang bermutu tinggi kepada pelanggan amnya.
VISI
Menjadi sebuah unit yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan pelbagai bidang yang menjurus kepada menjadikan institusi perubatan sebuah institusi yang cekap dan efision dalam persekitaran yang kondusif dan selamat serta moden.
OBJEKTIF
Memantau perlaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital (KSH) bagi perkhidmatan pengurusan fasiliti , perkhidmatan pendobian, pencucian, pengurusan sisa-sisa penjagaan kesihatan, kejuruteraan fasiliti, dan kejuruteraan biomedikal agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Konsesi.
- Untuk melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipenuhi.
- Memastikan Khidmat Sokongan Hospital yang diberikan adalah cekap dan selamat.
PIAGAM PELANGGAN
Memantau secara berterusan bagi memastikan pelanggan mendapat Khidmat Sokongan Hospital yang berkesan dan mengikut perjanjian konsesi dan memastikan setiap aduan pelanggan akan direkodkan dan dikenakan pemotongan yuran perkhidmatan.
1. Tindakan terhadap aduan
- Maklumbalas dari penerimaan aduan yang kritikal akan ditangani dan disiasat dalam kadar segera agar ia dapat membantu mengurangkan halangan dalam proses kerja harian pihak hospital.
- Bagi aduan bertulis (Surat Aduan) akan diberikan maklumbalas 1 hari waktu bekerja.
- Manakala aduan awam (umum) yang kurang kritikal akan ditangani dengan profesional dalam masa 2 hari bekerja.
2. Pegawai perunding
- Mengadakan mesyuarat melibatkan dua pihak antara pihak hospital dan syarikat konsesi terpilih bagi mencapai kata putus untuk 6 perkhidmatan (CLS, LLS, HWMS, BEMS, FEMS, FMS) agar perkhidmatan kedua-dua pihak berjalan lancar tanpa menjejaskan pihak pelanggan atau pengguna.
- Mempengerusikan dengan arahan Pengarah Hospital pada mana-mana mesyuarat yang berkaitan dengan 6 perkhidmatan sokongan hospital.
SKOP PERKHIDMATAN
Unit Kejuruteraan Operasi Hospital bertanggungjawab dalam
- Mengawal selia pelaksanaan penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) oleh syarikat konsesi supaya mematuhi keperluan perjanjian konsesi.
- Menguruskan proses mobilisasi PSH bagi fasiliti kesihatan (hospital) baru.
- Memastikan pendaftaran aset dan sistem kejuruteraan bawah PSH dilaksanakan dengan teratur dalam sistem ASIS.
- Memastikan pengoperasian peralatan, sistem kejuruteraan, infrastruktur tidak terjejas.
- Memberikan khidmat nasihat tenikal dan mencadangkan langkah penyelesaian terhadap aduan berkaitan PSH.
Skop PSH melibatkan 6 perkhidmatan seperti di bawah :-
FMS: Facilities Management Services
Mengawal selia pengurusan dan penyelarasan PSH yang merangkumi Facility Engineering Maintenance Services (FEMS), Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS), Linen and Laundry Services (LLS), Healthcare Waste Management Services (HWMS) and Cleansing Services (CLS) bagi memastikan Hospital Kontrak dapat beroperasi dengan baik dan selamat.
FEMS: Facilities Engineering Maintenance Services
Mengawal selia penyelenggaraan semua sistem kejuruteraan mekanikal dan elektrik serta sistem kejuruteraan awam termasuk bangunan, jalan, longkang, bekalan air, sistem pembetungan paip kebersihan serta tanah dan landskap di Hospital Kontrak.
BEMS: Biomedical Engineering Services
Mengawal selia penyelenggaraan semua peralatan bioperubatan dan peralatan lain yang berkaitan dan bersekutu yang akan digunakan di Hospital Kontrak.
CLS: Cleansing Services
Mengawal selia pembersihan wad, klinik dan kawasan-kawasan lain di dalam Hospital Kontrak termasuk pembersihan dewan bedah, makmal, farmasi dan kawasan sekeliling Hospital Kontrak.
LLS: Linen and Laundry Services
Mengawal selia pengumpulan linen, pemprosesan dobi, pengedaran dan bekalan linen di Hospital Kontrak.
HWMS: Healthcare Waste Management Services
Mengawal selia pengumpulan, penyimpanan, pengangkutan, rawatan dan pelupusan sisa klinikal/bahan buangan terjadual/sisa pepejal terkawal di Hospital Kontrak.
POLISI DAN PROSEDUR
Unit Kejuruteraan Operasi komited untuk memenuhi kehendak pelanggan dan memenuhi kepuasan pelanggan melalui penambahbaikan berterusan dengan penglibatan semua kakitangan melalui sistem pengurusan berkualiti yang terancang.
Untuk mencapai tahap tersebut, Unit Kejuruteraan Operasi akan melaksanakan tanggungjawab berdasarkan kepada teras yang ditetapkan oleh pihak kementerian
- Kualiti dan integriti perkhidmatan kami adalah tanggungjawab semua anggota. Justeru itu, prosedur berhubung dengan segala aspek yang melibatkan kualiti akan dibangunkan dan dipraktikkan pada setiap masa. Penyeliaan berterusan akan dilaksanakan bagi menjamin kualiti perkhidmatan.
- Prosedur yang digunakan dalam program akan disemak dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Ini adalah selaras dengan dasar sistem kualiti yang menitikberatkan penambahbaikan secara berterusan.
- Sasaran utama polisi kualiti adalah untuk memperkukuh dan mempertingkatkan pengurusan dan komitmen setiap anggota dalam menghasilkan perkhidmatan yang menepati kehendak pelanggan.
- Pendidikan dan latihan berterusan kepada anggota bagi mempertingkatkan kompetensi dalam bidang berkaitan.
1. Polisi Penyelenggaraan
- Perkhidmatan penyelenggaraan merangkumi lima perkhidmatan iaitu FEMS, BEMS, CLS, LLS dan HWMS.
- Penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh syarikat hendaklah mematuhi perjanjian kontrak yang telah ditandatangani dan tatacara yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Penilaian bagi kes kritikal perlu dibuat dalam masa 15 minit daripada laporan dibuat dan kes tidak kritikal penilaian dalam masa 2 jam oleh staf yang berkompetan.
- Semua unit hendaklah menggunkan saluran yang betul apabila memohon pembaikan dan merekodkan nombor permintaan atau aduan.
- Syarikat konsesi bertanggungjawab untuk menjalankan penyelenggaraan mengikut prosedur yang disyorkan oleh pengeluar.
- Syarikat konsesi akan bertindak balas serta merta jika berlaku apa-apa kerosakan kecemasan dan hendaklah menyediakan laporan awal kerosakan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan hendaklah menyediakan laporan lengkap dalam masa 2 minggu.
- Apa-apa kerja pembaikan dan pengubahsuaian hendaklah merujuk kepada pengarah hospital untuk kelulusan.
- Semua jabatan hendaklah memastikan inventori dan aset berada di unit masing-masing. Ketua unit hendaklah memastikan aset dan peralatan diselenggara secara berkala.
- Semua peralatan atau aset yang tidak berfungsi atau diluar pembaikan ekonomi hendaklah dilupuskan mengikut perkeliling 1PP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Sekiranya berlaku kecemasan akibat kegagalan mesin, pihak hospital mempunyai hak untuk menghantar pesakit atau sampel ke mana-mana kemudahan kesihatan diluar dan kos akan ditanggung oleh syarikat konsesi sepertimana yang tertakluk dalam perenggan 43 dalam perjanjian kontrak.
2. Polisi Bekalan Air
- Bekalan air dari tangki utama boleh membekalkan air selama dua hari.
- Sekiranya berlaku kegagalan bekalan air dari Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah, syarikat konsesi akan menghubungi jabatan bekalan air dan membekalkan air ke hospital dengan menggunakan lori tangki air dan disambungkan ke tangki imbangan hospital.
3. Polisi Bekalan Elektrik
- Sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik dari Sabah Electricity Sdn. Bhd. Genset akan mengambil alih dalam membekalkan tenaga elektrik.
- Genset akan beroperasi ketika gangguan bekalan elektrik dalam masa yang telah ditetapkan oleh pengilang.
- Bekalan diesel mampu bertahan selama 8 jam ketika genset beroperasi.
4. Polisi Kecemasan
- Code Blue
- Jika terdapat kecemasan atau apa-apa situasi yang mengancam nyawa boleh menghubungi sambungan 299 untuk mengaktifkan code blue dan lokasi.
- Kebakaran
- Syarikat perlu mematuhi tatacara pelan kontigensi kebakaran yang telah dipersetujui oleh pengarah hospital apabila berlaku kebakaran.
- Banjir
- Syarikat perlu mematuhi tatacara pelan kontigensi banjir yang telah dipersetujui oleh pengarah hospital apabila berlaku banjir.
- Wabak
- Syarikat perlu mematuhi tatacara pelan kontigensi wabak yang telah dipersetujui oleh pengarah hospital apabila berlaku wabak.
5. Polisi Keselamatan
- Syarikat perlu memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan di plant room hendaklah dikendali oleh orang yang berkelayakan/kompetan.
- Syarikat wajib memakai alat pelindung diri (PPE) yang bersesuaian ketika melakukan penyelenggaraan.
- Mana-mana sub-kontraktor yang menjalankan kerja-kerja di fasiliti hospital hendaklah mendapatkan permit to work (PTW) sebelum kerja-kerja dijalankan.
6. Polisi Sistem Komunikasi
- Telefon
- PABX jenis A (panggilan langsung keseluruh negara) dan talian telefon berasingan disediakan hanya untuk pengarah hospital.
- PABX jenis B (panggilan langsung dalam daerah yang sama) disediakan untuk ketua-ketua unit dan wad dengan kelulusan pengarah hospital.
- PABX jenis C (dapat menerima panggilan luar melalui operator dan panggilan dalam hospital sahaja) disediakan pada semua telefon-telefon lain.
- Telefon hanya boleh digunakan untuk urusan rasmi melainkan dengan mendapat kebenaran.
- Sistem Nurse Call
- Sistem nurse call perlu disambungkan pada bekalan tanpa gangguan (emergency power backup)
- Jika berlaku kerosakan, ketua wad (pegawai yang bertanggungjawab) perlu membuat rondaan setiap satu jam pada setiap bilik dan kubikel.
- Untuk keluarga pesakit, hendaklah dimaklumkan bahawa sistem nurse call hanya untuk tujuan kecemasan.
KESELAMATAN DAN AKTIVITI KUALITI
Keselamatan
- Keselamatan merupakan tanggungjawab setiap kakitangan. Setiap kakitangan perlu mengetahui Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, Polisi Kebakaran Hospital Semporna serta polisi-polisi berkaitan (Rujuk Polisi keselamatan dan kebakaran).
Bertanggungjawab Membantu Mengurus Projek Penswastaan Khidmat Sokongan Hospital :
- Menjalankan pemantauan dan kajian ke atas kualiti dan kesempurnaan serta kekompetenan operasi penyelenggaraan dan perlaksanaan perkhidmatan Kejuruteraan Biomedikal oleh Syarikat Konsesi Penswastaan Khidmat Sokongan Hospital.
- Membantu menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem, pepasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal, elektrik dan biomedikal/elektronik.
- Menyemak dokumen ‘Beyond Economic repair 1’ (BER1) dan membantu menyediakan ‘Beyond Economic Repair 2’ (BER2) bagi peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedical yang berkaitan, apabila perlu.
- Membantu memastikan operasi rangkaian teknologi maklumat (ASIS) dan program jaminan mutu (QAP) bagi perkhidmatan Kejuruteraan Hospital dikemaskini serta berkesan.
- Membantu menyemak prestasi, laporan teknikal, laporan kejadian dan aduan bagi perkhidmatan Kejuruteraan Hospital.
- Membantu menjalankan pemantauan ke atas perjalanan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan, sistem, pepasangan, loji, dan peralatan jentera/mekalnikal, elektrikal dan biomedical semasa Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) bagi Hospital/Fasiliti Baru.
- Membantu menyedia dan menyelaras maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pembayaran aset-aset tambahan di hospital sedia ada kepada pihak kontraktor.
- Membantu menyemak prestasi, laporan, aduan dan bil/inbois untuk pengesahan bayaran atau penalti
- Memberi khidmat nasihat teknikal dan professional kepada Pengarah Hospital dan Institusi Kesihatan mengenai perkhidmatan Kejuruteraan Hospital, kerja-kerja kecil kejuruteraan serta pembelian dan penggantian alat kelengkapan.
- Menghadiri mesyuarat dan perbincangan yang diuruskan oleh Unit Kejuruteraan Operasi HOSPITAL SEMPORNA, menghadiri mesyuarat Unit Kejuruteraan Operasi Hospital Negeri Sabah dan Mesyuarat bersama Syarikat Konsesi dan pihak-pihak lain yang berkenaan dari masa ke semasa.
- Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang berkaitan